Buletin

SEGALA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FUNGSI FUEL PUMP (PAM BAHANAPI)

Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel saya yang lepas berkenaan Fuel Injector. Hari ini saya akan mengupas sedikit tentang peranan Fuel Pump.

🛠Bagaimana Fuel Pump Bekerja ?
 
Rasanya umum mengetahui apa itu Fuel Pump. Fungsinya adalah untuk mengepam bahan api ke enjin. Apabila sistem dihidupkan (ignition on), ECU akan menghantar signal ke Relay lalu menghidupkan Fuel Pump. Unit motor di dalam Fuel Pump akan mula berjalan dan mengepam bahan api ke dalam sistem. Ringkas bukan ?
 
🛠Adakah Fuel Pump Bekerja Pada Kelajuan Yang Sama ?
 
Ya, dulu. Tapi dengan teknologi sekarang, kelajuan Fuel Pump dikawal oleh ECU untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api mengikut keperluan enjin.
 
Baiklah, habis sudah penerangan ringkas tentang Fuel Pump. Kita pergi dalam sikit.
 
🛠Memilih Fuel Pump, Bagaimana ?
 
Setiap pengeluar akan mengklasifikasikan kadar Fuel Pump Rate mereka dengan pelbagai cara. Ada yang “Free Flow“, ada juga yang mempunyai spesifikasi tertentu. Akan tetapi, lebih baik memilih Fuel Pump yang mempunyai spesifikasi kerana akan memudahkan anda untuk mengetahui sama ada Fuel Pump itu ngam tak ngam dengan kenderaan anda.
 
Mungkin ada yang tanya, spesifikasi macam mana ?
Saya ambil contoh yang paling popular. Fuel Pump Walbro 255lph @ 40psi(2.8bar) @ 13.5Volt. Nampak tak? Ada 3 point utama di situ. LPH bermaksud Litres Per Hour yang menandakan Fuel Pump ini mampu membekalkan 255 Liter bahan api dalam sejam pada tekanan 40psi (2.8bar) pada 13.5V. Tak faham ? Sabar, kejap lagi saya terangkan hubung kait antara kadar Fuel Pump dengan Base Fuel Pressure & Voltan.
 
Ada 3 faktor utama ketika memilih Fuel Pump
1. Berapa jumlah HP yang enjin akan hamburkan.
2. Berapa jumlah Fuel Pressure yang enjin perlukan.
3. Berapa jumlah Voltan yang akan diberi ke Fuel Pump ketika enjin running.
 
🔧Horsepower/ kuasa kuda
Jumlah kuasa kuda (horsepower) yang dimiliki oleh enjin menentukan berapa kadar bahan api yang diperlukan oleh enjin tersebut. Hipotesisnya berbunyi, semakin tinggi horsepower, semakin banyak bahan api yang diperlukan. Kebiasaannya, kadar volume to power bersamaan 2.64HP per liter.
Sebagai contoh, enjin yang berkuasa 600hp, sekurang-kurangnya anda memerlukan Fuel Pump berkadaran 228LPH untuk menampung kuasa tersebut (228 x 2.64 = 600). Jadi, jika anda ingin menggunakan Walbro 255lph sepatutnya sudah cukup.
 
🔧Fuel Pressure/tekanan bahanapi
Lain enjin lain Base Fuel Pressure nya. Kebiasaannya, untuk enjin suntikan (EFI) mempunyai Base Fuel Pressure sebanyak 40-43psi. Manakala, sistem karburator mempunyai Based Fuel Pressure sebanyak 4-7psi.
Bagi enjin yang menggunakan sistem Force Induction seperti Turbo dan Supercharge, Boost Pressure juga akan mempengaruhi Base Fuel Pressure anda. Jadi, Fuel Pressure yang lebih tinggi diperlukan oleh enjin anda. Macam mana nak tahu Base Fuel Pressure? Macam mana nak set Base Fuel Pressure  Jeng jeng jeng. Itulah gunanya Fuel Pressure Regulator (FPR).
 
Amat penting untuk kita ambil tahu tentang tekanan maksimum di dalam Fuel Delivery System kerana ianya memberi kesan langsung dalam berapa banyak bahan api yang mampu dibekalkan oleh unit Fuel Pump tersebut. Fuel Pump akan membekalkan lebih banyak bahan api ketika tiada tekanan. Fuel Pressure naik, Fuel Flow turun.
Oleh kerana itu, kita kena lihat dulu Flow Chart unit Fuel Pump yang kita nak beli tu. Kalau tak tahu tengok Flow Chart, tanya Tuner masing-masing. Kat Malaysia ni banyak Tuner yang power-power.
 
🔧Voltan
13.5V ? Ye saya. Jika kenderaan anda tak mencapai nilai Voltan tersebut, ia akan mempengaruhi nilai tekanan dan juga kadar bahan api yang dapat dibekalkan oleh unit Fuel Pump ini. Jadi, jika kenderaan anda hanya mampu membekalkan 12V saja pada Fuel Pump, Flow Rate unit Fuel Pump tersebut akan berubah secara langsung. Sekali lagi, rujuk kepada Flow Chart yang dibekalkan oleh pihak Pengeluar.
 
Jadi, bila ada masalah minyak tak support tu, periksa dulu bahagian ini. Lepas tu lihat Injector Duty Cycle. Lihat pula tekanan Fuel Pressure. Tapi, jangan melebih-lebih pula sampai rich. Power tak kemana minyak je larung.
 
Kesimpulannya, di dalam Fuel Delivery System. Setiap komponen memainkan peranan yang kritikal dalam memastikan enjin dapat menerima jumlah bahan api yang cukup ketika Full Power. Ingat ye, bukan sekadar tukar Injector sahaja. Matematiknya mudah sahaja, More Fuel = More Power.
 
Dah tukar barang-barang ni semua apa perlu dilakukan ? Tuning lah. Haha.
Cari tuner yang berkaliber dan rasakan kenikmatannya.
 
Haa, teringat pula. JANGAN TANYA PASAL FUEL CONSUMPTION !
 
Untuk maklumat lebih lanjut. Boleh ke laman sesawang Top Brand untuk Fuel Delivery System Aftermarket Parts seperti DW, Walbro, Aeromotive, Fuel Lab, Holley, Raceworks dan macam-macam lagi. Di sana mereka dah sediakan kalkulator.
Hanya perlu masukkan berapa anggaran Horsepower, Base Fuel Pressure, Boost Pressure. Diorang kirakan siap boleh pilih lagi untuk Normal Fuel or E85. Dunia dah mudah dah sekarang ni. Haha. Saya pun nak senang juga, bila tengah busy anda rasa saya ada masa untuk buat kira-kira ? Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
 
Bagi kaki R&D pula, lagi lah pelik-pelik ilmu diorang. Bayangkan, jarak tangki bahan api ke enjin pun boleh mempengaruhi nilai Base Fuel Pressure. Power !
 
Cukuplah sampai disini sahaja, harap apa yang saya sampaikan ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah. Sama-sama kita belajar.
 
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd
Google ads
Back to top button