Buletin

SUZUKI CATAT JUALAN 30 JUTA UNIT DI INDIA, ALTO PALING LARIS, SWIFT KE-3!

Maruti Suzuki India Limited (Maruti Suzuki), anak syarikat Suzuki Motor Corporation berjaya mencatatkan pencapaian menggagumkan dengan 30 juta unit jualan di India pada 2 November 2025.

Pencapaian ini dicapai dalam tempoh 42 tahun sejak Suzuki memeterai perjanjian usaha sama dengan Kerajaan India dan Maruti Udyog (sebelum Maruti Suzuki) pada tahun 1982.

Kenderaan pertama yang dikeluarkan adalah Maruti 800 pada Disember 1983.

India kini menjadi negara kedua selepas Jepun yang mencapai angka jualan automobil kumulatif 30 juta unit.

Evolusi Penawaran Produk, 19 Model

Sejak pelancarannya, Maruti Suzuki menawarkan pelbagai kenderaan yang menyokong pengangkutan harian rakyat India, termasuk model popular seperti Alto, WagonR dan Swift.

Maruti Suzuki juga telah menambah barisan produk dengan penawaran SUV  yang semakin mendapat sambutan, seperti Brezza, Grand Vitara, Fronx dan Victoris yang baharu dilancarkan pada September 2025.

Secara keseluruhannya, Maruti Suzuki kini menawarkan 19 model di pasaran India.

Penawaran tersebut merangkumi pelbagai pilihan rangkaian kuasa, termasuk model hibrid dan CNG (Gas Asli Mampat) yang menawarkan pelepasan CO2 yang rendah.

Neutral Karbon

Suzuki sedang berusaha untuk merealisasikan masyarakat neutral karbon melalui pendekatan pelbagai laluan (multi-pathway approach) yang melibatkan kenderaan hibrid, kenderaan CNG dan BEV (Kenderaan Elektrik Bateri).

Pada November 2024, Suzuki memperkenalkan BEV pertama, e VITARA, di mana India dijadikan sebagai hab pembuatan global.

e VITARA dikilangkan di kilang Gujarat milik Maruti Suzuki dan dijadualkan untuk dieksport ke lebih 100 negara dan wilayah. Penghantaran pertama telah dihantar ke Eropah pada Ogos 2025.

Suzuki Fronx Hybrid – Malaysia

Garis Masa Pencapaian Jualan

  • Disember 1983: Pelancaran kereta pertama, Maruti 800.
  • Februari 2006: 5 juta unit (dalam tempoh 22 tahun dan 3 bulan).
  • Februari 2012: 10 juta unit (dalam tempoh 28 tahun dan 3 bulan).
  • Julai 2019: 20 juta unit (dalam tempoh 35 tahun dan 8 bulan).
  • November 2025: 30 juta unit (dalam tempoh 42 tahun).

Model Terlaris Maruti Suzuki (Sehingga Akhir September 2025)

Berikut adalah senarai model utama yang menyumbang kepada jualan keseluruhan, berdasarkan penyelidikan Suzuki:

  • Alto: 4.71 juta unit
  • WagonR: 3.46 juta unit
  • Swift: 3.24 juta unit
  • Dzire: 2.9 juta unit
  • Maruti 800: 2.68 juta unit
  • Omni: 1.99 juta unit
  • Baleno: 1.7 juta unit
  • Eeco: 1.39 juta unit
  • Brezza: 1.33 juta unit
  • Ertiga: 1.31 juta unit
Google ads
Back to top button