Motosikal

SUZUKI GSX-8R EVO DIUMUMKAN – DENGAN EKZOS AKRAPOVIC, 83HP

EICMA 2025 bakal membuka tirai pada 6 November ini yang menyaksikan pengeluar motosikal dunia berkejar-kejar dalam memperkenalkan barisan model baharu bagi tahun 2026. 

Suzuki antara yang lebih awal mengumumkan barisan model yang akan dipamerkan termasuk Suzuki GSX-8R EVO. Menurut Suzuki, GSX-8R EVO merupana varian yang dilengkapi dengan kelengkapan yang lebih premium berbanding model standard. 

Bagi tahun 2026, GSX-8R EVO dilengkapi dengan ekzos Akrapovic, penutup tempat duduk pembonceng dan pad tangki secara standard. 

Bagaimanapun, perincian lain termasuk enjin kekal sama dan masih lagi menawarkan 83hp dan 78Nm yang terhasil dari unit dua silinder (parallel-twin) 776cc dengan 270-degree crank. 

Kelengkapan lain turut dikekalkan termasuk swingarm aluminium, fork USD, lampu LED penuh dan skrin TFT 5-inci berwarna. 

Google ads
Back to top button