Buletin

SUZUKI KIZASHI 2.4L SPORT EDISI TERHAD

Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (SMA) baru-baru ini menawarkan model sedan eksekutifnya, Suzuki Kizashi 2.4L Sport Edisi Terhad.

Suzuki-Kizashi-Limited-Edition-Mekanika (1)

Sedan segmen D itu tampil garang dengan warna hitam (matte black). Jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain, Kizashi sememangnya unik. Ia banyak disumbang oleh saiznya yang kompak dan pemanduan sporty.

Di bahagian kabin, model edisi terhad ini dipasang dengan sistem hiburan (ICE) baharu. Ia terdiri daripada sistem audio double DIN dengan skrin sentuh, navigasi, kamera undur HD bersama mode malam serta kualiti bunyi lebih baik.

Suzuki-Kizashi-Limited-Edition-Mekanika (4)

“Suzuki Kizashi 2.4L Sport Edisi Terhad ditawarkan secara eksklusif di pasaran Malaysia sahaja! Saya yakin bahawa sesiapa yang mempunyai citarasa, individualiti dan inginkan sesuatu yang istimewa akan memilihnya. Aksesori pada versi ini juga bernilai lebih RM9,000,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Jentera ini dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.4 liter DOHC yang mampu menjana kuasa 178PS dan tork 230Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear CVT enam kelajuan. Bagi menawarkan keselamatan terbaik, sedan itu dilengkapi sistem brek ABS, EBD (Electronic Braking force Distribution), beg udara SRS dan ESP (Electronic Stability Programme).

Suzuki-Kizashi-Limited-Edition-Mekanika (3)

Hanya ditawarkan dalam versi Sport, Suzuki Kizashi 2.4L Sport Edisi Terhad boleh menjadi milik anda pada harga RM158,207 (di atas jalan termasuk insurans). Lebih menarik lagi, anda boleh menikmati rebat tunai sehingga RM30,000 (selagi stok masih ada), di samping jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button