Motosikal

RASMI: SUZUKI SV-7GX AKHIRNYA LANCAR DI MALAYSIA – RM37,900

Suzuki Malaysia dengan rasminya melancarkan Suzuki SV-7GX serba baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM37,900. 

Untuk rekod, SV-7GX menggabungkan asas dari SV650 dan gaya dari GSX-S1000GX. Rekaan keseluruhan mencampur adukkan elemn touring dan sport termasuk aerodinamik yang lebih baik, handguard dan penghadang angin boleh laras dan lampu nyalaan LED penuh. 

Menggerakan SV-7GX ini adalah unit dua silinder (V-Twin) 645cc yang telah dinaik taraf bagi mencapai standard emisi Euro 5+. Enjin ini menawarkan 73.4hp pada 8,500rpm dan 64Nm pada 6,800rpm. 

Meskipun berkongsi kebanyakan komponen dari SV650 dan V-Strom 650 namun SV-7GX ini dilengkapi dengan pakej serba moden termasuk skrin TFT berwarna dan Suzuki Intelligent Ride System (SIRS) yang terdiri dari Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Suzuki Traction Control dan quickshifter.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • ABS
  • electronic throttle control
  • Low RPM Assist
  • fork teleskopik depan 
  • rim 17-inci depan dan belakang
  • tangki bahan api 17.4L
  • 211kg 

GALERI: SUZUKI SV-7GX

Google ads
Back to top button