Buletin

TAKATA DISAMAN DAN DITAWARKAN USD1-2 BILLION

Takata Corporation menjadi semakin popular sejak mereka mengumumkan beg udara keluaran mereka mempunyai masalah. Walaupun mereka telah memanggil balik produk mereka untuk dibaikpulih dan digantikan dengan yang baru namun nampaknya itu masih belum mencukupi untuk memulihkan imej pereka selaku pengeluar beg udara untuk kenderaan terbesar di dunia.

Insiden ini juga merupakan yang terbesar di dunia kerana Takata membekalkan beg udara untuk bukan satu atau dua tetapi puluhan syarikat pengeluar kenderaan di dunia.

Sebelum ini dilaporkan yang Takata telah disaman oleh beberapa syarikat yang berkaitan dengan industri ini iaitu pembuat inflator beg udara, Daicel Corporation, Bain Capital, KKR & Co. dan pengeluar bumper kenderaan, Flex-N-Gate Corp.

takata

Syarikat-syarikat ini dikatakan menawarkan untuk membeli saham-saham Takata dengan nilai pelaburan mencecah 1 hingga 2 Billion dollar Amerika. Ini sudah kira kes pelik. Pihak yang menyaman menawarkan untuk melabur dalam syarikat yang disaman. Tetapi inilah permainan dunia korporat sebenarnya. Semua pihak menyedari potensi yang ada pada syarikat seperti Takata yang mempunyai pengalaman cukup meluas dalam teknologi beg udara.

Kesemua pihak di atas juga telah memfailkan cadangan pemuflisan ke atas Takata. Walau bagaimanapun cadangan tersebut telah ditentang oleh dua lagi syarikat pembuat beg udara iaitu Autoliv Inc. dan Key Safety Systems Inc. Walau bagaimanapun cadangan kearah itu masih lagi dibincangkan.

Takata minggu ini dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari Honda Motor Co. tentang masalah yang dihadapi oleh tidak kurang daripada 12 pelanggan mereka kesan daripada proses panggil balik beg udara yang dikatakan mencecah 100 juta unit di seluruh dunia. Ia termasuklah dari Toyota, Nissan dan Mazda.

Jumlah kematian disebabkan masalah pada inflator beg udara Takata meningkat ke lima belas orang di seluruh dunia dengan kes yang terbaru berlaku di Malaysia minggu lepas melibatkan kematian seorang pemandu Honda City.

Wakil daripada Takata yang juga penasihat kewangan Takata, Lazard Ltd., KKR dan Daicel  mengelak daripada membuat kenyataan, manakala wakil-wakil daripada syarikat Bain, Flex-N-Gate dan Key Safety Sysytems juga tidak memberikan sebarang ulasan. Jurucakap Autoliv pula berkata syarikat mereka tidak akan memberikan ulasan terhadap apa jua spekulasi yang berkaitan .

Volkswagen-Golf-halted-production-2016-mekanika (5)

Masalah yang dihadapi bukannya kecil kerana ia turut melibatkan banyak syarikat antaranya General Motors dan juga Volkswagen AG. Mereka terikat antara tanggungjawab menggantikan semua beg udara rosak yang menelan belanja berbillion dollar dan kemungkinan menghadapi tindakan undang-undang akibat beg udara yang dilengkapkan pada kenderaan mereka bermasalah.

Lazard mencadangkan agar ditubuhkan satu tabung perundangan bebas menggunakan sumbangan daripada Takata, pelabur-pelabur baru dan syarikat pembuat kereta lain. Bagaimanapun Honda selaku pemilik 1.2 peratus saham Takata dan juga pelanggan terbesar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Walaupun kebanyakan pengeluar kenderaan berada dalam dilema sama ada mahu menolong membayar kos-kos perundangan Takata, perkongsian tersebut dijangka mampu mengurangkan beban yang harus ditanggung Takata. Keutamaan para pengeluar kenderaan kini ialah untuk memastikan bekalan beg udara dan tali pinggang keledar keselamatan yang berterusan daripada  Takata. Urusniaga ini sahaja dinilaikan pada sekitar 6 billion dolar Amerika!

Takata kini berada dalam saat getir di mana nilai saham mereka telah merosot sebanyak 75 peratus berbanding sebelum insiden ini berlaku. Kalaulah datuk nenek saya dulu meninggalkan sejumlah wang yang besar, inilah pelaburan yang cukup baik.

Takata bukanlah satu nama kecil dalam industri automotif tetapi hanya dengan sedikit kesilapan, syarikat yang dibina selama puluhan tahun mungkin akan berpindah milik kepada pihak lain. Niat baik mereka untuk menebus kesilapan telah memakan diri sendiri.

Google ads
Back to top button