Buletin

TOYOTA VIOS FACELIFT: ENJIN BAHARU, CVT & LEBIH MURAH

Sedan Toyota Vios mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 2003. Sejak itu, ia menjadi model bukan nasional paling popular selama 11 tahun.

Sudah memasuki generasi ketiga, lebih 100,000 unit Vios berjaya dijual sehingga kini. Populariti ini banyak disumbang oleh jenama Toyota yang begitu kuat. Di samping reka bentuk lebih menarik serta pelbagai ciri baharu yang diperkenal setiap kali Vios generasi baru diperkenalkan.

batch_Toyota-Vios-facelift-2016-mekanika8

Hari ini, UMW Toyota telah membawa sekumpulan wartawan untuk memandu uji Vios facelift dari ibu pejabatnya di Shah Alam menuju ke Melaka. Perjalanan sejauh lebih 250 kilometer itu merangkumi lebuh raya dan jalan kampung. Kami juga sempat menguji kepuayaan ciri keselamatan VSC di litar MIMC, Melaka. Perincian mengenai pandu uji akan saya nyatakan dalam entri berbeza nanti.

Bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna, Vios ditawarkan dalam enam varian, termasuk satu varian baharu, 1.5 GX. Harga dan varian Vios adalah seperti berikut:

batch_Toyota-Vios-facelift-2016-mekanika7

1.5 TRD Sportivo CVT RM96,400

1.5 GX CVT (baharu) RM92,800

1.5 G CVT RM89,800

1.5 E CVT RM83,900

1.5 J CVT RM79,800

1.5 J 5MY RM76,500

Baiklah, apa penambahbaikan yang diterima oleh Vios? Paling ketara ialah enjin baharu yang digunakannya. Enjin  baharu 2NR-FE itu mampu menghasilkan kuasa 107PS dan tork 140Nm. Enjin aluminium sepenuhnya yang didatangkan dengan sistem Dual VVT-i itu membolehkan pemasaan tutupan/bukaan injap pada ekzos sentiasa berubah mengikut kondisi pemanduan.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan. Sekali gus menggantikan kotak gear automatik  empat kelajuan. Padanan enjin baharu dan kotak gear CVT yang diambil daripada Altis itu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 18 peratus berbanding rangkaian kuasa sebelumnya.

Pengiraan mudahnya begini. Jika anda memandu 25,000km setahun, penjimatan bahan api dalam tempoh itu adalah sebanyak 302 liter. Andai dikira dengan harga RON95 RM1.75 seliter, penjimatan boleh mencecah RM529 setahun. Maka tidak hairanlah jika Vios sudah mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV).

batch_Toyota-Vios-facelift-2016-mekanika10

Mendengar maklum balas daripada pengguna, Vios kini dilengkapi ciri Vehicle Stability Control (VSC) pada semua varian sebagai ciri standard. Aspek keselamatan dipertingkatkan lagi dengan brek ABS, EBD dan Brake Assist. Bagi varian 1.5 TRD Sportivo, 1.5 GX dan 1.5G, ia dipasang dengan brek cakera pada roda belakang. Bukan itu sahaja, kamera mengundur turut dipasang pada  varian 1.5 TRD Sportivo, 1.5 GX dan 1.5G.

Sekiranya anda mahukan penampilan yang lebih sporty, pilih sahaja varian 1.5 GX kerana ia hadir bersama bodykit rekaan baru. Bodykit sama turut ditawarkan sebagai opsyen untuk varian 1.5 E dan 1.5 J bersama rim aloi baru bersaiz 15 inci.

batch_Toyota-Vios-facelift-2016-mekanika6

Sekali pandang, perubahan luaran tidaklah terlalu ketara. Pada bahagian hadapan, proses naik taraf melibatkan rekaan baru ada bampar hadapan. Ia dilengkapkan lagi dengan lampu jenis projektor (varian 1.5 TRD Sportivo, 1.5 GX dan 1.5G). Di samping lampu nyalaan siang (DRL) yang dintegrasikan pada bampar hadapan untuk semua varian.

Varian 1.5 TRD Sportivo dibezakan dengan aerokit baru dan kemasan berwarna hitam pada gril hadapan agar tampil lebih sporty.

batch_Toyota-Vios-facelift-2016-mekanika1

Di bahagian kabin, tempat duduknya dibalut dengan kulit, kecuali varian 1.5 E dan 1.7 J yang menggunakan balutan fabrik. Sistem audio pula telah dinaik taraf dengan unit 2 DIN bersama skrin sentuh 6.8 inci dan pemain DVD untuk varian 1.5 TRD Sportivo, 1.5 GX dan 1.5G dan 1.5 E. Sistem multimedia ini menawarkan pilihan ketersambungan AUX, port USB dan Bluetooth. Ia juga didatangkan dengan ciri pengecaman suara. Jadi pemandu tidak perlu mengalihkan tangan daripada stereng.

Vios juga hadir dengan dua warna baru iaitu merah, putih (super White II) dan warna putih mutiara, khas untuk varian TRD Sportivo. Warna daripada model sebelumnya seperti perak metalik dan hitam juga ada ditawarkan.

UMW Toyota mensasarkan untuk menjual 26,000 hingga 27,000 unit Vios dalam tempoh setahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button