Buletin

TANPA GST, MPV 10 TEMPAT DUDUK MAXUS INI CUMA RM130K SAHAJA

Bersempena dengan Ramadan yang mulia serta keputusan kerajaan mengurangkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus, Weststar Maxus, pengedar tunggal rangkaian kenderaaan Maxus di Malaysia, telah menilai semula harga MPV mewah G10 dan kenderaan komersil V80 dengan kadar GST sifar berkuatkuasa serta-merta.

Pengurangan harga antara RM5,000 hingga 10,000 itu akan diteruskan sehingga pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan.

BACA: WESTAR LANCAR MAXUS G10

“Inisiatif ini bertujuan menjadikan kesemua rangkaian kenderaan kami lebih mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman  Syed Ibrahim. “Kami sekarang berada dalam fasa pengembangan dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama serta kualiti kami dalam segmen pasaran yang lebih luas di seluruh negara.”

Perancangan juga telah dibuat bagi membuka dua ruang pameran kenderaan yang baharu di Pulau Pinang dan Kota Bharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Weststar Maxus juga telah membuka sebuah ruang pameran kenderaan di Bangsar, Kuala Lumpur pada Februari tahun ini.

“Dalam tempoh dua tahun kebelekangan ini, jenama Weststar Maxus semakin mendapat tempat terutamanya di dalam segemen kenderaan keluarga dan komersil. Kami yakin bahawa rangkaian produk kami mempunyai kelebihan dari segi harga, kualiti dan ciri-ciri yang ditawarkan untuk berjaya sebagai sebuah jenama premium,” jelas Tan Sri Syed Azman. 

BACA: MAXUS G10 SE LEBIH MEWAH

Varian MPV mewah Maxus G10 dijana oleh enjin 2.0T pengecas turbo dengan kuasa 225Hp (165kW) dan dipadankan dengan transmisi automatik ZF 6 kelajuan bersama mod manual bagi memastikan kelancaran output kuasa dan respon penukaran gear yang licin. Dengan tork maksimum 345Nm, Maxus G10 SE memberikan kuasa pada nisbah yang sama seperti enjin 3.0L biasa, tetapi 30 peratus lebih jimat minyak.

Weststar Maxus G10 boleh didapati di semua ruang pameran Weststar Maxus di seluruh negara pada harga serendah RM130,000. Varian Weststar Maxus G10 boleh didapati dalam 6 warna pilihan iaitu Obsidian Black, Blanc White, Aurora Silver, Weststar Blue, Amber Gold dan Lava Grey.

 

Google ads
Back to top button