Buletin

INILAH JADINYA BILA TRELER DENGAN MUATAN 46 TAN KACANG SOYA MENGHEMPAP SEBUAH KERETA SEDAN

Malang memang tidak berbau dan kemalangan jalan raya memang selalu berlaku tidak kira secermat mana pun kita memandu. Walaupun semaju mana pun teknologi automotif dicapai sehingga hari ini, kemalangan masih lagi meningkat saban hari. Inilah juga yang berlaku pasa seorang lelaki di daerah Lat Krabang, Bangkok, Thailand pada Ahad lepas.

Walaupun memandu dalam keadaan biasa dengan mengawasi kenderaan di hadapan beliau, pemandu malang ini telah dihempap oleh sebuah treler 18-roda tepat di atas bumbung kereta beliau sekaligus meranapkannya bagaikan sekeping lempeng.

Akhbar Thailand, The Nation melaporkan yang pemandu treler bernama Narong Wongpen. 33 tahun terpaksa melencongkan treler yang dipandunya untuk mengelakkan sebuah motosikal yang tiba-tiba muncul di hadapan dan seterusnya kehilangan kawalan. Sarat dengan muatan 46 tan bijian kacang soya, kenderaan berat itu kemudiannya terbalik dan menghempap sebuah kereta sedan.

BACA: KTM BANGUNKAN TEKNOLOGI BREK PADA MOTOSIKAL

Kalau dilihat pada foto yang disertakan memang ngeri habis dan tidak mustahil pemandunya turut menerima nasib yang sama dengan kereta beliau. Tapi selagi masih ada hayat keajaiban memang akan berlaku, beliau bukan hanya selamat malah mengalami kecederaan yang ringan dan masih mampu bercakap dengan pasukan penyelamat sewaktu dibawa ke hospital. Tiada maklumat lanjut mengenai kecederaan beliau dilaporkan.

Harap-harapnya pemandu kereta tersebut akan selamat. Pemandu treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan begitu juga dengan treler tersebut yang cuma pecah cermin hadapan. Kereta Toyota terlibat memang penyek habis dan pihak penyelamat terpaksa menggunakan jek hidraulik untuk mengangkat treler terbabit dalam usaha mengeluarkan pemandu terbabit.

Insiden seperti ini memang selalu terjadi di Thailand, sebuah negara yang mempunyai rekod kemalangan maut tertinggi sepanjang tahun. Mungkinkah ini tempat yang sesuai untuk memperkenalkan teknologi autonomi? Setidak-tidaknya ia mampu mengurangkan kemalangan maut.

Google ads
Back to top button