Buletin

WEY GAOSHAN: MPV PHEV MEWAH MIRIP ALPHARD BAKAL DEBUT DI SHANGHAI AUTO SHOW

MPV mewah dari Great Wall Motor, Wey Gaoshan berkuasa hibrid plug-in bakal debut di Shanghai Auto Show dan berada di pasaran pada tahun ini.

Wey Gaoshan adalah MPV 7 tempat duduk berukuran 5045/1960/1900mm, jarak roda pada 3085mm, iaitu 100mm lebih panjang, 110mm lebih lebar, dan 5mm lebih tinggi berbanding Toyota Alphard.

Secara luaran, Wey Gaoshan sememangnya mirip seperti MPV dari pengeluar Jepun itu. Dari bahagian hadapan, Wey Gaoshan mempunyai gril bersalut krom besar yang bercantum dengan lampu hadapan.

Menariknya, pemerhati di China beranggapan bahawa model baharu ini sangat serupa MPV Hongqi HQ9. Maka dengan itu, ramai menyatakan Wey Gaoshan tidak kelihatan seperti kenderaan baharu.

Beralih kepada kuasa, Wey Gaoshan dilengkapi sistem hibrid plug-in serta dipacu oleh enjin ICE 1.5 liter, menghasilkan 156hp, tetapi bagi motor elektrik pula, perinciannya masih belum didedahkan.

Maklumat lain, Wey Gaoshan menggunakan bateri ternary (NMC), berkapasiti 37.96kWj dengan jarak gerak sehingga 150km bagi setiap pengecasan penuh.

Di pasaran, ini bermakna Gaoshan akan bersaing bersama Voyah Dreamer, Zeekr 009, Hongqi HQ9, Denza D9, Maxus Mifa 9 dan Toyota Alphard.

Google ads
Back to top button