" "
Artikel Pilihan

TAYAR TERPAKAI BOLEH GUNA UNTUK BUAT JALAN, LEBIH TAHAN LASAK

Tayar merupakan bahan buangan automotif yang jika dibuang akan mencemarkan alam sekitar melainkan anda jadikan tayar kereta terpakai sebagai pasu bunga. Pengkaji alam sekitar di Australia mendapati jika tayar terpakai dicampurkan campuran asfalt jalanraya, ia lebih tahan lama daripada merekah sebanyak 2 kali ganda

Salah satu elemen yang merosakkan permukaan jalan di Australia ialah haba daripada sinaran matahari yang berterusan dan juga beban muatan yang diangkut dengan menggunakan lori. Dengan mencampurkan getah tayar terpakai, ia melindungi jalan daripada fenomena rekahan haba matahari

Dalam kajian terbaru oleh Universiti RMIT, mereka mendapati ia merupakan kaedah paling mesra alam. Dengan mencampurkan bahan buangan getah daripada tayar pada pre-mix (asfalt), ia akan membentuk satu lapisan asas seperti tayar lama sekuat konkrit dan lebih tahan haba.

Bagi menguji idea ini, pasukan pengkaji meletakkan serbuk tayar terpakai atas permukaan asfalt dengan 3 campuran berbeza iaitu pada kada 7.5%, 15% dan 22.5%. Sampel kemudian diletakkan dalam mesin UV khas selama 45 hari bagi meniru proses penuaan selama setahun. Selepas selesai, sampel kemudian diuji sekali lagi untuk pemerhatian

Pasukan pengkaji mendapati campuran asfalt dengan getah tayar terpakai pada kadar 22.5% menunjukkan kadar penuaan sekitar 50% berbanding dengan asfalt yang tidak dicampur dengan getah tayar terpakai. Kadar 18-22% adalah nisbah terbaik bagi beban muatan jalan berlebihan dan rintangan terhadap cahaya matahari

Ketua pengkaji iaitu Filippo Giustozzi dilaporkan berkata getah tayar bertindak sebagai penapis terbaik jalan terhadap sinaran UV dan pasa masa yang sama ia akan menyelesaikan isu lambakan tayar terpakai yang membahayakan alam sekitar

Google ads
Back to top button