Artikel Pilihan

GRAN TURISMO BAKAL DITERBITKAN UNTUK TAYANGAN – MOVIE KE SIRI TV?

Sama macam filem-filem yang diadaptasi dari novel ataupun siri manga Jepun, sukar sebenarnya untuk menghasilkan filem adaptasi apatah lagi jika ia daripada sebuah permainan video popular. Gran Turismo merupakan antara permainan video yang paling epik pernah dihasilkan oleh Sony dan kini ia bakal diterbitkan untuk tontonan kita semua.

Ia sudah rasmi tapi belum pasti sama ada ia akan diterbitkan untuk siri TV ataupun dalam bentuk filem. Plotnya pun belum lagi diputuskan.

Pada sekitar tahun 2013 dahulu perancangan untuk filem Gran Turismo pernah diwarwarkan dan kononnya bakal bersaing dengan francais Fast & Furious dan Need for Speed (agak hampeh jugak berbanding naskah asal). Tapi selepas beberapa tahun tiada sebarang khabar berkenaan filem tersebut.

Ada menyatakan plotnya bakal diasaskan daripada kisah hidup Lucas Ordonez, pemenang pertama GT Academy. Apasal tak ambik biografi Abang Japar je. Lagi gerek. Dah la juara 7 kali rali antarabangsa

Pertandingan GT Academy yang ditaja khas oleh Gran Turismo membolehkan Ordonez menempah tempat dalam pertandingan Dubai 24 Hours 2009 menggunakan jentera Nissan 350Z. Beliau berjaya mendapat kedudukan ke sembilan dan kemudiannya terus menjadi pelumba professional. Malah Ordonez juga pernah mendapat tempat kedua kelas disertai dalam perlumbaan Le Mans 24 Hours.

Pencipta permainan Gran Turismo, Kazunori Yamauchi menegaskan yang karya Gran Turismo ini tidak akan menjadi sehampeh filem-filem kereta lain (hampeh tu kami terjemah sendiri).

Tapi sedar atau pun tidak kebanyakan filem-filem bertemakan kereta ni memang rata-rata agak kelakar lagi hampeh. Setakat ni plotnya memang tak pernah lari  dari kebiasaan la. Kalau tak berkisarkan rompakan atau kecurian ia mesti tentang konspirasi dan usaha untuk menyelamatkan dunia.

Ada yang setuju ke bila kami kata kelakar? Tengoklah apa yang jadi dengan Fast & Furious. Daripada cerita pelumba jalanan terus jadi filem perisikan. Need for Speed? Hmm harapkan kereta je la best-best. Dengan pelakon dengan plot semua ke laut lepas. Gone in 60 Seconds? Hebat, tapi hero punyalah macho terpaksa mengikut ketua penjahat kurus melidi yang hobinya bertukang kayu.

Kereta dah watak kedua dan tengelam terus dari plot asal. Harap-harap Gran Turismo akan memberikan resipi yang berbeza.

Google ads
Back to top button