Artikel Pilihan

ENJIN DIESEL LEBIH TAHAN LASAK BERBANDING ENJIN PETROL?

Tak ramai pengguna di Malaysia yang menggunakan enjin diesel atau turbodiesel kerana ia biasa ditawarkan dalam pilihan yang terhad. Enjin turbodiesel biasa dipasang pada kenderaan trak pikap, lori, dan juga beberapa pilihan sedan seperti Mazda 6, MPV Kia Grand Carnival dan juga SUV.

Seperti yang kami jelaskan dalam artikel sebelum ini, antara kelebihan enjin turbodiesel ialah ia menghasilkan tork yang lebih tinggi, pada RPM yang rendah menjadikannya enjin yang ideal untuk pikap, SUV dan MPV besar. Tapi tahukah anda enjin diesel ini juga biasa tahan lebih lama berbanding enjin petrol.

Jika enjin petrol dijaga dan dipandu dengan berhemah boleh beroperasi sehingga 300,000km tanpa masalah, enjin diesel pula memeiliki jangka hayat sehingga 500,000km. Hampir 2 kali ganda berbanding dengan enjin petrol. Perkara ini disumbangkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Operasi Enjin – enjin diesel beroperasi dengan kaedah compression ignition. Udara dimampatkan dalam piston, diesel disembur masuk dan menyala secara automatik akibat tekanan dan haba yang tinggi. Nisbah mampatan enjin diesel direka dari 16:1 sehingga 20:1, sangat tinggi berbanding dengan enjin petrol sekitar 10:1 ke 12:1.

Mazda je yang berani buat enjin SkyActiv-X petrol 16:1. Bila nisbah tekanan tinggi, komponen penting seperti rod penyambung, piston, aci enkol dan aci sesondol dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi, lebih tumpat dan lebih berat berbanding dengan enjin petrol. Ini faktor pertama yang menyumbang pada ketahanan enjin

2. Julat operasi – enjin petrol perlu beroperasi pada RPM yang tinggi untuk menghasilkan tork yang diperlukan berbanding dengan enjin turbodiesel yang boleh beroperasi pada RPM rendah. Sebagai contoh Toyota Fortuner 2.4 Turbodiesel menghasilkan 400Nm tork pada 1600 RPM sahaja.

Manakala varian petrol Toyota Fortuner 2700cc terpaksa diperah pada 4000RPM bagi menjana 245Nm tork. Enjin diesel menghasilkan 2 kali ganda tork pada RPM yang jauh lebih rendah, dengan bantuan turbo. Operasi yang santai ini membolehkan enjin diesel bertahan dengan lebih lama berbanding dengan petrol

3. Sifat diesel – Walaupun petrol dan diesel dihasilkan secara proses penyulingan, ketumpatan dan bilangan molekul Karbon dan Hidrogen petrol dan diesel adalah jauh berbeza. Petrol umumnya memiliki rantaian karbon dan hidrogen dalam formula C8H18 manakala diesel memiliki formula C15H28. Jika diperhatikan dengan teliti, diesel memiliki atom karbon dan hidrogen yang lebih banyak di dalam rantaian sebatian berbanding dengan rantaian petrol.

Sifat diesel lebih kepada minyak pelincir dan susah untuk terbakar dan meruap, namun bila ia terbakar dalam dalam enjin ia akan tetap melincirkan komponen enjin seperti piston, silinder, aci engkol dan lain lain komponen. Petrol pula mudah meruap dan bersifat detergen, apabila terbakar ia akan menghakis minyak pelincir yang berada dalam enjin

Sesetengah enjin petrol prestasi tinggi akan kehilangan minyak pelincir sewaktu beroperasi, ada yang tinggal separuh selepas manakala sesetengah pengeluar menasihatkan pengguna agar menambah minyak enjin selepas beberapa ribu kilometer dipandu.

Kelemahan enjin diesel?

Walaupun nampak macam best, enjin disel sebenarnya ada beberapa kelemahan yang menyebabkan banyak pengeluar menghentikan proses R&D dan menumpukan pembangunan EV. Disebabkan bahan yang digunakan, enjin diesel ini lebih berat menjadikan agihan berat kenderaan tidak sekata.

Bila berat tidak sekata, pengendalian kereta akan menjadi tumpul terutama ketika mengambil selekoh menjadikan kereta mudah mengalami understeer

Kos pembangunan dan kos pengeluaran enjin diesel lebih mahal dari enjin petrol, menjadikan kenderaan yang dipasang dengan enjin diesel dijual pada harga lebih mahal. Enjin diesel pula direkodkan menjadi punca penghasilan jerebu yang mencemarkan alam sekitar.

Jadi Kesatuan Eropah terus membuat satu akta yang menghalang penggunaan enjin diesel menjelang tahun 2040 termasuk pada lori kontena dan juga kenderaan berat.

Google ads
Back to top button