Buletin

TÉKHNĒ SEDIA PENUHI KEPERLUAN, KEPUASAN PENGGUNA – TAWAR PRODUK ALAT GANTI PREMIUM

Hong Leong Industries Berhad (HLI) hari ini mengumumkan satu langkah signifikan ke dunia alat ganti automotif menerusi iltizam terbaharunya, Tekhne Sdn Bhd (TÉKHNĒ).

Usaha ini menonjolkan komitmen HLI terhadap inovasi, kualiti, dan juga kepuasan pelanggan di Malaysia, khususnya.
 
TÉKHNĒ memasuki pasaran dengan produk-produk Pengilang Peralatan Asal (OEM) serta Pengilang Peralatan Ganti (REM) yang komprehensif bagi jentera beroda dua dan empat, dirumus untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

Mendukung prinsip ‘Moving the Future’, TÉKHNĒ mencerminkan dedikasi untuk merintis kemajuan dalam industri automotif.

Pasaran bagi alatan OEM dan REM untuk kegunaan jentera beroda dua dan empat di Malaysia sedang menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dan diunjur mampu berkembang lebih jauh, didorong oleh faktor-faktor seperti peningkatan jualan kenderaan, permintaan ke atas servis pasaran sekunder (aftermarket), serta peningkatan bilangan perusahaan dalam pasaran produk automotif.

Nilai tambah dalam pasaran produk automotif di Malaysia dijangka mampu mencecah AS$8.32 bilion (RM39.7 bilion) pada tahun 2024, dengan jangkaan kadar pertumbuhan tahunan berkompaun (CAGR) berjumlah 5.71 peratus dari 2024 hingga 2028.

Di samping itu, jualan kereta terpakai di Malaysia juga sedang meningkat secara konsisten, menyumbang kepada pertumbuhan industri servis pasaran sekunder automotif, mencerminkan permintaan yang kian meningkat ke atas alat-alat ganti.

Komitmen TÉKHNĒ terhadap inovasi turut dibuktikan melalui rancangannya untuk menceburi perniagaan produk-produk yang berkaitan dengan kenderaan elektrik, berjajaran dengan peralihan industri ini ke arah solusi-solusi mobiliti lestari.

Untuk menerapkan inovasi, TÉKHNĒ turut bersedia untuk mengasaskan pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) miliknya sendiri, bagi merintis kemajuan dalam arena teknologi serta reka cipta sambil mendukung standard kualiti dan kebolehpercayaan yang tertinggi.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai TÉKHNĒ dan produk-produk OEM dan REM pasaran sekunder keluarannya, sila layari www.tekhne.com.my.

Google ads
Back to top button