Buletin

GOINSURAN, INDRIVE JALIN KERJASAMA – TAWAR PELBAGAI MANFAAT KEPADA PEMANDU DAN PENUMPANG

GoInsuran dan inDrive baru-baru ini mengumumkan akan bersama-sama bergabung tenaga, ke arah masa hadapan keselamatan dan inovasi yang memberikan manfaat kepada pemandu serta penumpang.

Menurutnya, kerjasama ini bertujuan untuk membentuk semula landskap insurans motor, dengan memberi keutamaan kepada keselesaan dan keselamatan pemandu, penumpang melalui model yang telus serta adil.

Dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing, GoInsuran dan inDrive menawarkan manfaat tersendiri, membolehkan mereka berunding harga secara terus tanpa gangguan harga algoritma.

Ciri yang membezakan inDrive juga menjadikan ia lebih telus dan mempunyai lebih banyak kawalan dengan memberikan kebebasan kepada penumpang untuk memilih pemandu berdasarkan harga, anggaran masa ketibaan, model kenderaan atau penilaian pemandu.

Selain itu, pemandu turut mempunyai fleksibiliti untuk menerima, menolak, atau berunding mengenai tambang perjalanan berdasarkan butiran seperti lokasi semasa dan destinasi penumpang.

“Teras kerjasama ini adalah untuk meningkatkan pengalaman perolehan insurans, menawarkan pemandu pilihan mudah akses dan kos yang efektif,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pelanggan akan memperoleh sebut harga secara terus daripada sehingga 12 syarikat insurans, dan pembaharuan insurans sepantas 3 minit.”

Tambahnya lagi, ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman keseluruhan, tetapi juga memastikan perlindungan komprehensif untuk jaminan kewangan lebih baik melalui penyelesaian insurans.

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2025, pemandu boleh mendapat penjimatan segera dengan kod promo GOINDRIVE bagi memperoleh pelbagai manfaat unik seperti diskaun khas, peningkatan kesejahteraan kewangan dan kepuasan keseluruhan.

Pendekatan komprehensif ini menekankan dedikasi yang teguh dalam kerjasama terhadap keselamatan dan inovasi, memberikan kelebihan tiada tandingan kepada semua pihak.

Google ads
Back to top button