Artikel Pilihan

“GRIP: A TOYOTA STORY” – ANIME TERBARU PERTARUNGAN ANTARA PELUMBA DAN KERETA AUTONOMI

Toyota ni banyak betul kisah animasi kan? Paling popular semestinya Initial D yang berjaya melonjakkan nama Toyota AE86 ke seluruh dunia (sekaligus menaikkan harganya sampai tak masuk akal).

Kini nampaknya Toyota berhasrat untuk mengulang langkah yang sama menggunakan dunia animasi. Kini muncul satu lagi siri animasi lima-episod yang bertajuk “Grip – A Toyota Story” yang bakal disiarkan dalam talian bermula 26 Februari ini.

Jalan ceritanya agak menarik di mana watak utama bernama Jae Kang akan bertarung dengan watak antagonis – kenderaan tanpa pemandu yang tidak berjiwa. Pergh ayat aku pun. Ia berkisarkan dunia masa hadapan di mana sebuah syarikat IT mengawal kumpulan kenderaan autonomi atas nama keselesaan dan keselamatan. Agak sama macam idea EV sekarang kan?

Ia juga hampir sama dengan pendirian Toyota yang mahu menyelamatkan kaedah pemanduan sebenar dengan imput daripada pemandu sendiri. Namun yang menariknya anime ini juga mengetengahkan barisan produk-produk GR termasuklah GR Corolla, GR Supra dan GR86. Kalau difikirkan logik sudah tentu produk-produk klasik mereka akan turut muncul dalam siri anime kali ini. Silap-silap ada Takumi Fujiwara tengah main dengan cucu.

Kat mana nak tonton ni? Kalau dah tajuk pun ada nama Toyota dah tentulah ia akan disiarkan di laman web Toyota bermula 26 Februari ni. Esok dah tu gais.

Google ads
Back to top button