
FORVIA BAKAL BUANG 10 RIBU PEKERJA, NAK GUNA AI UNTUK JIMATKAN KOS
Pembekal alat ganti utama untuk jenama ternama seperti Tesla, VW, dan Ford mengumumkan rancangan untuk mengurangkan lebih dari 10,000 pekerjaan di Eropah dalam tempoh lima tahun akan datang.
Keputusan ini berikutan pelbagai faktor termasuk perubahan dalam keperluan industri automotif seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Forvia, yang merupakan pengeluar alat ganti antarabangsa terbesar ke-7, dijangka akan memotong tenaga kerja Eropahnya sebanyak 75,500 orang, iaitu kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan.
Selain daripada mengurangkan pekerjaan, Forvia juga merancang untuk mengurangkan kos dengan membuat perubahan dalam proses pembuatan secara serantau.

Penggunaan AI juga dijangka untuk diimplementasikan bagi mengubahsuai serta mengoptimumkan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan.
Menurut ketua pegawai kewangan Forvia, Olivier Durand, “Kadar penurunan pekerjaan kami ialah antara 2,000 hingga 2,500 orang setahun.”
“Kita perlu memastikan bahawa pengambilan adalah terhad kepada apa yang diperlukan.”
Syarikat itu juga menganggarkan bahawa pengurangan dalam jumlah pekerjanya akan menjimatkan kira-kira AS$540 juta (RM2.5 bilion) setiap tahun bermula pada 2028.
Ini adalah langkah yang dilihat sebagai penyesuaian terhadap dasar iklim semasa Kesatuan Eropah sambil mengekalkan kebolehdayaan saing serta menyesuaikan diri dengan perubahan dalam landskap pelanggan.
Forvia turut menyatakan hasrat untuk meningkatkan keuntungan di Eropah dan mengurangkan kebergantungan kepada China.
Syarikat itu mempunyai pengeluaran lebih tinggi berbanding firma lain dalam industri ini dan telah menggaji lebih daripada 157,000 orang di seluruh dunia sehingga 2022.
Selain daripada membekalkan alat ganti kepada Tesla, VW, dan Ford, Forvia juga merupakan pembekal kepada syarikat automotif terkenal lain seperti Renault-Nissan-Mitsubishi, Stellantis, GM, BMW, Daimler, Toyota, Hyundai-Kia, serta BYD.
- BACA: “GRIP: A TOYOTA STORY” – ANIME TERBARU PERTARUNGAN ANTARA PELUMBA DAN KERETA AUTONOMI
- BACA: TAYAR KERETA TAK TAHAN LAMA? TAYAR KAPAL TERBANG LAGI LA SEKSA NAK JAGA
- BACA: ATLAS APC ADALAH KENDERAAN TENTERA UNTUK ORANG AWAM – MACAM NI BARULAH SELAMAT NAK KELUAR BELI BELACAN
- BACA: PROTON SAGA LIMOUSINE – SALAH SATU KEBANGGAAN NEGARA SATU KETIKA DAHULU





