Buletin

TEKSI LONDON NISSAN NV200

Nissan semalam mendedahkan wajah terbaharu teksinya untuk London. Jentera itu telah direka semula bagi membolehkannya dikenali secara serta-merta sebagai teksi hitam London yang ikonik. 

DSC_4850_1_lead

Dibina berdasarkan kepada platform kenderaan pelbagai guna NV200, ia diperkenalkan buat pertama kali kali pada Ogos 2012 sebagai satu visi baharu buat teksi London Hackney Carriage.

DSC_5012_1

Selepas mendapat maklum balas daripada pejabat Datuk Bandar London dan beberapa agensi lain, Nissan telah mengubahsuai teksi tersebut. Ia dibangunkan untuk London, di London oleh Nissan Design Europe (NDE) yang berpangkalan di Paddington. Pusat rekaan sama yang bertanggungjawab dalam mereka bentuk model Qashqai dan Juke.

JL8_5404

Teksi baharu ini akan dilancarkan pada Disember 2014. Ia dilengkapi enjin petrol moden bersesaran 1.6 liter yang dipadankan bersama kotak gear automatik. Nissan juga dijangka memperkenalkan teksi VN200 versi elektrik pada tahun 2015.

DSC_4822_1

Nissan bukanlah jenama asing dalam pasaran teksi London.  Enjin diesel TD27 berkapasiti 2.7 liter pernah digunakan pada teksi FX4 ‘Fairway’ dan TX1 pada tahun 1980-an hingga 1990-an. Enjin itu terkenal dengan reputasinya yang tahan lasak dan boleh dipercayai.

Teksi London NV200 adalah sebahagian daripada program teksi global Nissan yang turut meliputi bandaraya seperti New York, Barcelona dan Tokyo.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button