Buletin

NASIM PERKENAL PEUGEOT 2008

Ketika anda membaca artikel ini, saya sebenarnya sedang memandu uji tawaran terbaharu daripada pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim). 

Peugeot 2008

Kehadiran Peugeot 2008 sememangnya bakal memeriahkan lagi pasaran SUV urban tempatan. Jentera itu akan bersaing dengan model-model seperti Ford EcoSport, Mitsubishi ASX dan banyak lagi.

Peugeot 2008 melakukan debut pada Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS) lalu. Sejak itu, sebanyak 100 tempahan telah diterima. Nasim optimis bahawa ia akan mencatat kejayaan sama seperti di pasaran Eropah.

70157peu-4-Peugeot 2008 Urban Crossover (side)

“Kami mensasarkan untuk menjual 100 unit 2008 sebulan. Dengan ekspektasi pasaran yang kian berubah, 2008 direka untuk menarik minat pengguna daripada demografik lebih luas,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George. 2008 dijangka memberi sumbangan signifikan kepada sasaran jualan Nasim sebanyak 7,000 unit kenderaan pada tahun 2014.

SUV kompak itu dijana oleh enjin VTi bersesaran 1.6 liter yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 122hp dan tork maksimum 160Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik bersama ciri Tiptronic dan mode Sport. Ia berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 11.2 saat dengan pecutan maksimum 190km/j.

70694peu-e

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, 2008 dilengkapi enam beg udara dan Electronic Stability Programme (ESP) yang menggabung beberapa fungsi seperti Anti-Skid Regulation (ASR), Dynamic Stability Control (DSC), ABS, emergency braking assistance (EBA) dan electronic brake force distribution (EBFD).

Tahap keselamatan ditingkatkan lagi menerusi sistem parkir dengan bantuan audio visual, Hill Start Assist, struktur tubuh yang tegar, lampu kabus dan ISOFIX. Jadi tidak hairanlah jika 2008 mendapat penarafan lima bintang daripada Euro NCAP.

70694peu-d

Sebagai sebuah crossover, 2008 menawarkan posisi pemanduan yang tinggi. Pemandu juga pasti menghargai bumbung panoramik yang membolehkan cahaya semula jadi masuk ke dalam kabin. Ruang dalaman dipertingkatkan lagi dengan karekter Peugeot i-Cockpit melalui stereng kompak, panel instrumen, serta skrin sentuh bersaiz tujuh inci yang digabungkan bersama sistem audio Arkamys 3D dan enam pembesar suara.

Ruang kargo yang ditawarkan adalah seluas 360 liter dan boleh ditambah menjadi 1,194 liter apabila tempat duduk belakang diratakan.

70694peu-b

2008 didatangkan dalam empat warna menarik iaiu putih, biru, coklat dan kelabu. Harganya bermula dari RM119,888 di Semenanjung Malaysia. Sementara harga di Sabah dan Sarawak pula ialah RM121,888 dan RM121,588 seunit. Semua harga adalah di atas jalan termasuk insurans.

Nasim akan mempamerkan 2008 pada siri jelajah Peugeot di pusat beli-belah One Utama bermula 8 hingga 12 Januari 2014. Para pengunjung boleh memandu uji 2008 dan model-model Peugeot seperti 508, 408 dan 208. Tawaran dan hadiah hebat juga menanti anda di sana. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button