
HARGA TOYOTA COROLLA ALTIS DIUMUMKAN
Sempena pelancaran sedan Toyota Corolla Altis serba baharu tidak lama lagi, UMW Toyota Motor semalam mengumumkan harga sah untuk sedan tersebut berkuatkuasa pada 2 Januari lalu. 
Altis kini ditawarkan dalam tiga gred iaitu 1.8E, 2.0G dan 2.0V dengan semuanya dilengkapi transmisi CVT tujuh kelajuan automatik. Harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia ialah RM114,000 (1.8E), RM123,000 (2.0G) dan RM136,000 (2.0V)
Bagi mereka yang mahukan lebih ciri keselamatan, UMW Toyota Motor ada menawarkan varian 2.0 V dengan “Pakej Keselamatan Tambahan”. Ia meliputi tujuh beg udara dan indicator amaran tali pinggang keledar untuk penumpang. Jika ISOFIX menjadi ciri standard pada semua varian, VSC pula tidak ada pada model 1.8E dan 2.0G.
Jadual harga Altis untuk pendaftaran peribadi adalah seperti berikut:
|
Varian |
1.8E (A) |
2.0G (A) |
2.0V (A) |
| Semenanjung M’sia |
RM114,000 |
RM123,000 |
RM136,000 |
| Sabah |
RM115,663.60 |
RM124,545.10 |
RM137,497 |
| Sarawak |
RM115,713.60 |
RM124,596.10 |
RM137,547 |
| Langkawi |
RM72,029.70 |
RM77,128.21 |
RM85,424.61 |
| Labuan |
RM72,960.60 |
RM78007.11 |
RM86257.91 |
Maklumat lanjut mengenai varian dan warnanya, sila kunjungi mana-mana pusat pameran Toyota terdekat atau hubungi talian percuma 1-800-8-TOYOTA (869682).





