
TEMPAHAN NISSAN SERENA S-HYBRID SERBA BAHARU KINI DIBUKA
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM) mengumumkan bahawa tempahan NISSAN Serena S-Hybrid generasi kelima serba baharu kini sudah dibuka. Ia dijangka dilancarkan pada Mei 2018.
Sama seperti model terdahulu, varian 2.0 liter (MR20DD) CVTC Berkembar dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT dan Kawalan Syif Adaptif (ASC). Enjin itu mampu menjana kuasa maksimum 150PS / 6,000rpm dan tork 200Nm / 4,400rpm.
Ciri Dual Arm Tensioner (DAT) baharu pada tali sawat berfungsi mengurangkan masalah kehilangan kuasa serta meningkatkan penjimatan bahan api.
Sistem hibrid pintar pada NISSAN Serena S-Hybrid cukup kompak. Ia didatangkan dengan motor ECO yang dinaik taraf bagi mengawal sistem berhenti melahu dan memberi tambahan kuasa tork apabila memecut dari titik pegun. Ia juga berfungsi sebagai unit alternator semasa nyahpecutan untuk memudahkan pemulihan tenaga.
Penambahbaikan pada enjin kenderaan ini membolehkannya menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 KM/L (NEDC R101). Sekali gus membolehkannya diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).
Jentera ini nyata revolusionari apabila dilengkapi pelbagai ciri NISSAN Intelligent Mobility (NIM). Ini termasuklah Monitor Pintar Pandangan Sekeliling (I-AVM) yang pertama dalam kelasnya dengan 4 buah kamera yang menawarkan satu pandangan maya, 360° dari arah atas kenderaan untuk memudahkan navigasi.
Pengesan Objek Bergerak (I-MOD) pula mampu mengesan pergerakan objek di sekeliling, seterusnya memberi amaran kepada pemandu. Pintu Gelongsor Berkembar dengan Pengesan Kaki boleh beroperasi dengan mengesan pergerakan kaki di bawah pintu untuk membuka atau menutupnya.
Terdapat juga 7 tempat duduk ‘Captain Seats’ dengan 7 slot USB untuk semua penumpang pengecas peranti masing-masing.
6 beg udara SRS hadir sebagai ciri standard. Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Jejak (TCS), sistem brek anti-kunci (ABS), Bantuan Membrek (BA), Agihan Kuasa Membrek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Cagak Tempat Duduk Kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX x2).
NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu sudah boleh dilihat secara dekat di beberapa buah pusat membeli-belah terpilih mulai 3 April. Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi augmented reality (boleh didapati pada Android dan IOS) untuk melihat kenderaan ini pada masa sebenar dengan maklumat digital tentang NISSAN Serena S-Hybrid.
Jadual pameran adalah seperti berikut:
Jadual Pameran Island Display
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
3 – 8 April | Pantai Timur | AEON KB, Kota Bahru |
3 – 8 April | Tengah | IPC Shopping Mall, Petaling Jaya |
5 – 8 April | Tengah | Tropicana City Mall, Petaling Jaya |
6 – 8 April | Sarawak | Vivacity Megamall, Kuching |
7 – 8 April | Sabah | Imago Times Square, Kota Kinabalu |
11 -15 April | Tengah | Alamanda Mall, Putrajaya |
12 – 15 April | Southern | AEON Seremban 2, Seremban |
17 – 22 April | Tengah | AEON Shah Alam, Selangor |
20 – 22 April | Selatan | Sutera Mall, Johor Bahru |
23 – 29 April | Tengah | Sunway Pyramid, Sunway |
25 – 29 April | Tengah | One Utama, Petaling Jaya |
26 – 29 April | Utara | Queensbay Mall, Penang |
26 – 29 April | Selatan | MYDIN MITC, Melaka |
27 – 29 April | Tengah | Melawati Mall, Kuala Lumpur |
27 – 29 April | Tengah | 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur |
27 April – 1 May | Tengah | IOI City Mall, Putrajaya |
3 – 6 May | Tengah | Starling Mall, Petaling Jaya |
3 – 6 May | Utara | Ipoh Parade, Ipoh |
3 – 6 May | Utara | Gurney Plaza, Penang |
Jadual Siri Jelajah
Tarikh | Wilayah | Lokasi | ||
3 – 8 April | Selatan | AEON Bukit Indah, Johor Bahru | ||
6 – 8 April | Tengah | Leisure Mall Cheras, Kuala Lumpur | ||
26 – 29 April | Tengah | MAI Autoshow @ MAEPS, Serdang | ||
26 – 29 April | Pantai Timur | Kuantan City Mall, Kuantan | ||
2 – 6 May | Tengah | Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur | ||
3 – 6 May | Tengah | Empire Shopping Gallery, Subang | ||
4 – 6 May | Tengah | iCar Asia Test & Buy @ Setia City Convention Centre | ||
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.