
Hari ini Boon Siew Honda Sdn Bhd. telah mengumumkan pertukaran Pengerusi Lembaga Pengarah yang kini dipertanggungjawabkan kepada Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing.
Ia bakal meneruskan legasi edaran motosikal jenama Jepun tertua di negara kita, Honda.

Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing akan memulakan khidmatnya menggantikan Dato’ Seri Loh Cheng Yean yang telah mengosongkan kerusinya pada 31 Mac lalu.