
TEMPAHAN VARIAN BAHARU INNOVA 2.0X, FORTUNER DAN HILUX FACELIFT KINI DIBUKA
Mulai hari ini, para pelanggan yang ingin menempah Toyota Innova 2.0X dan varian baharu Toyota Fortuner – 2.4 VRZ 4×4 dan 2.4 VRZ 4×2 serta Toyota Hilux facelift sudah boleh berbuat demikian.
Harga untuk model-model tersebut adalah seperti berikut:
Toyota Innova – bermula RM107,800
Toyota Fortuner – bermula RM169,800
Toyota Hilux – bermula RM87,200
Toyota Innova 2.0X
Toyota Innova 2.0X ialah model lebih premium untuk rangkaian MPV itu. Secara umumnya, spesifikasinya tidak jauh berbeza dengan varian Innova 2.0G. Cuma ia ditambah dengan lampu LED, tempat duduk kombinasi kulit, tempat duduk pemandu boleh laras 6 cara, captain seat pada baris kedua dan rim lebih besar.
Semua varian Innova menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP. Innova 2.0X bagaimanapun dipasang dengan 7 beg udara, Vehicle Stability Control (VSC), Hill-start Assist Control (HAC) dan Emergency Stop Signal (ESS).
Toyota Fortuner
Toyota Fortuner pula ditambah dengan dua varian diesel baharu – Fortuner 2.4 VRZ 4×4 dan Fortuner 2.4 VRZ 4×2. Ia diposisikan di antara varia tertinggi Fortuner 2.7 SRZ 4×4 dan Fortuner 2.4 4×4.
Sama seperti Fortuner 2.7 SRZ 4×4, dua varian baharu itu didatangkan dengan peralatan tambahan. Antaranya ialah lampu utama projektor Bi-LED, lampu kabus hadapan LED, Vehicle Stability Control (VSC), 7 beg udara, kawlaan jelajah dan pendingin hawa automatik.
Fortuner 2.7 SRZ 4×4 dan Fortuner 2.4 VRZ 4×4 kini hadir dengan Downhill Assist Control (DAC). Di samping brek cakera belakang pada semua varian.
Toyota Hilux
Bagi model Hilux, penambahbaikan adalah hasil maklum balas daripada para pelanggan. Ini termasuklah kawalan jelajah, pendingin hawa automatik, port mengecas USB dan corong untuk penumpang belakang.
Untuk varian Hilux 2.8G dan 2.4G AT, trak pikap itu kini dilengkapi sistem Vehicle Stability Control (VSC), Hill-start Assist Control (HAC) dan Active Traction Control (A-TRC).
VSC, HAC dan A-TRC juga ditambah pada varian Hilux 2.4G (MT). Hilux 2.8G ditambah dengan ciri Downhill Assist Control (DAC).
Sama seperti model-model lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, semua model baharu ini hadir bersama jaminan selama lima tahun, tanpa had perbatuan. Manakala jaminan untuk Hilux ialah selama lima tahun dengan perbatuan sejauh 150,000km.