
TERLUPA TUTUP PINTU, KAPAL SELAM NUKLEAR BERNILAI RM12 BILION MILIK INDIA ROSAK TERUK
Tidak dapat dinafikan bahawa India merupakan antara negara yang memiliki kelengkapan tentera canggih.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai populasi sebenar 1.3 bilion penduduk dan kuasa ekonomi terbesar di dunia, India sememangnya mempunyai kekuatan serta kecanggihan armada tentera yang digeruni kawan dan lawan.

Tetapi, semua itu tidak bermakna mereka tidak melakukan kesilapan. Apatah lagi satu kesilapan mudah yang dilakukan oleh anak kapal sebuah kapal selam nuklear moden, INS Arihant.
INS Arihant yang dikatakan bernilai AS$2.9 bilion (RM12 bilion) sudah berada di selama lebih 10 bulan kerana mengalami kerosakan teruk.
Semua ini gara-gara anak kapalnya terlupa untuk menutup pintu atau hatches ketika berada di sebuah pelabuhan pada Februari 2017.
Akibatnya air laut telah masuk ke dalam bahagian enjin dan kerja-kerja membaiki dilakukan sehingga kini. Menurut akhbat The Hindu, selain kerja pembaikan, banyak paip juga perlu dibuang dan diganti.
Pegawai Kanan Tentera Laut India menyifatkan insiden itu sebagai kesilapan manusia yang sangat memalukan.
Kapal selam penyerang kelas Akula buatan firma Shipbuilding Cebtre (SBC) yang berpangkalan di Visakhapatnam, India itu telah diubah suai untuk menempatkan pelbagai bentuk peluru berpandu nuklear.
INS Arihant yang dibangunkan di bawah projek Teknologi Kapal Termaju (ATV) menjadi bukti kecanggihan teknologi nuklear India selepas memulakan perkhidmatan secara rasmi pada tahun 2016.
“Arihant merupakan satu platform penting teknologi nuklear India yang merangkumi mode darat, udara dan air,” jelas Tentera Laut Diraja India.
Namun begitu, beberapa sumber kanan tentera laut India memberitahu INS Arihant berdepan dengan masalah sejak awal lagi. Ia dikendalikan oleh 100 orang anak kapal yang menerima latihan ekstensif.