Buletin

KAPAL SELAM NUKLEAR SEAWOLF-CLASS AS LANGGAR OBJEK MISTERI DI LAUT CHINA SELATAN

Sebuah kapal selam bertenaga nuklear milik Tentera Amerika Syarikat (AS) terlanggar sesuatu objek tidak dikenali di Laut China Selatan pada 2 Oktober lalu.

Menurut Tentera Laut AS dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis, tiada kecederaan serius berlaku akibat insiden tersebut selain kapal selam masih berfungsi.

“Kapal selam serangan pantas Seawolf-Class, USS Connecticut (SSN 22) terlanggar sesuatu objek ketika berada di bawah permukaan air pada tengah hari 2 Oktober lalu.

 “Ia sedang melaksanakan beroperasi di perairan antarabangsa di rantau Indo-Pasifik apabila insiden berkenaan berlaku.

“Keselamatan anak kapal tetap menjadi keutamaan tentera. Tiada kecederaan berlaku sehingga mengancam nyawa.” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kapal selam berkenaan masih dalam keadaan “selamat dan stabil”.

Selain itu, loji pemacu nuklear USS Connecticut juga tidak terkesan dan masih berfungsi.

Tahap kerosakan kapal itu sedang diteliti manakala siasatan penuh ke atas insiden tersebut akan dijalankan.

Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak memperincikan lokasi insiden tersebut berlaku, serta tidak memberitahu objek apa yang dilanggar. –Bloomberg/SH

Google ads
Back to top button