
TIADA KEMATIAN DICATATKAN DALAM KEMALANGAN SUV INI SEJAK 16 TAHUN LALU
Ketika orang lain sibuk dengan teknologi menjimatkan minyak, pembangunan teknologi elektrik, mencari bahanapi alternatif dan teknologi autonomous, ada satu pembuat kereta ni tak pernah lari dari fokusnya.
Ia mahu membuat kereta yang paling selamat dipandu.
Dan seperti yang kita semua tahu. Ia adalah Volvo.
Di United Kingdom, Volvo XC90 diiktiraf sebagai kereta paling selamat di sana. Tiada kematian melibatkan pemandu atau penumpang yang dicatatkan sejak 16 tahun yang lalu.
BACA: VOLVO XC40 LAKU KERAS!
Ya. bukan main-main, rekod bersih 16 tahun tanpa sebarang kemalangan jiwa bagi sebuah SUV yang pada mulanya memang nampak buruk.
Kajian yang dibuat oleh makmal Thatcham Research ini bersetuju tentang ciri keselamatan SUV dari Sweden ini banyak membantu mengurangkan impak kemalangan. Menerusi kajian mereka, ciri terpenting yang membantu menyelamatkan pemandu dan penumpang ialah sistem brek automatik.
Semenjak 2002, sebanyak 50,000 unit Volvo XC90 telah diterjual di UK.
Autonomous Emergency Braking kini merupakan ciri-ciri standard bagi kebanyakan kereta moden di UK. Menurut Thatcham Research juga, ciri ini sebenarnya lebih efektif. Tapi, sejauh mana ia berkesan?
BACA: RAHSIA GARISAN CONDONG PADA VOLVO
Dari kajian mereka, angka kemalangan menunjukkan, Autonomous Emergency Braking lebih banyak menyelamatkan manusia sejak pengenalan sistem talipinggang keledar keselamatan 60 tahun yang lalu.
Volvo terus fokus untuk menghasilkan kereta-kereta yang lebih selamat kepada pengguna. Malah pada 2008, mereka mensasarkan kematian sifar pada kesemua kereta keluaran mereka menjelang tahun 2020.
Syabas Volvo. Abang Japar memang betul-betul respek!