Buletin

BMW X3 CKD 2018: 2.0L, 252hp & TORK 350Nm  – HARGA RM320,000  

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan BMW X3 terbaharu yang akan dipasang di Malaysia buat pertama kalinya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, “BMW X3 mewujudkan segmen premium SAV bersaiz sederhana pada tahun 2003.

“Menerusi dua generasi BMW X3, kami berjaya menjual lebih daripada 1.5 juta kenderaan untuk meneraju segmen ini di dunia.”

Dengan jualan melebihi 1,000 unit pada tahun 2018, BMW X mengalami pertumbuhan sebanyak 39 peratus di Malaysia berbanding tahun lalu.

Dikenali sebagai The Independent, jentera itu didatangkan dalam varian BMW X3 xDrive30i Luxury dan ditawarkan pada harga RM320,000 seunit (tidak termasuk insurans).

Reka bentuk lebih mantap  

Dimensi luaran BMW X3 mungkin kelihatan sama seperti model yang terdahulu. Tetapi jarak rodanya telah dipanjangkan sebanyak lima sentimeter untuk menawarkan ruang kabin lebih luas,

Buat pertama kalinya untuk model BMW X, beberapa perincian terbaharu ditampilkan di bahagian hadapan dengan rekaan signatur gril kidney tiga dimensi serta lampu kabus berbentuk hexagon.

SAV itu turut dipasang dengan lampu unit LED dan rim aloi dua tona berwarna kelabu bersaiz 19 inci.  Di bahagian belakang, BMW X3 tampil dengan lampu LED tiga dimensi, spoiler bumbung dan ekzos berkembar.

Ruang kargo boleh ditingkatkan hingga 1,600 liter apabila tempa duduk belakang dilipat.

Rangkaian kuasa moden

BMW X3 dikuaskan enjin petrol BMW TwinPower Turbo 2.0 liter empat-silinder dengan pengecas turbo TwinScroll, High Precision Injection, Double-VANOS dan pemasaan injap boleh ubah sepenuhnya Valvetronic.

Dipadankan dengan engan transmisi lapan kelajuan Steptronic Sport, ia mampu memecut dari 0-100km dalam masa 6.3 saat dengan kelajuan maksimum 240 km/j.

Berupaya menjana output maksimum 252hp dan tork 350Nm, ia menawarkan pengalaman pemanduan hebat dengan kecekapan yang luar biasa. Beratnya juga telah dikurangkan sebanyak 55kg berbanding model terdahulu.

Pemandu boleh memilih mode pemanduan iaitu ECO PRO, COMFORT, SPORT dan SPORT+.

 

BMW X3 hadir dalam pilihan warna coklat, hitam, perak dan putih, bersama ruang kabin berwarna hitam atau coklat.

Jentera ini bakal berada di pasaran mulai 25 April 2018 di seluruh negara dengan penghantarannya dijadual bermula Julai 2018.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button