,
Artikel PilihanBuletin

TIPS PENTING UNTUK PENGGUNA TRANSMISI CVT

Anda sudah tentu tahu apa itu ABS (Antilock Brake System), ESP (Electronic Stability Control), GDI (Gasoline Direct Injection) dan Orimoto.

Kini muncul pula istilah sistem transmisi CVT (Continuosly Variable Transmission). Sistem ini adalah transmisi moden yang direka untuk mengurangkan kos selenggaraan dan komplikasi dalam transmisi tradisional kereta selain menjimatkan bahan api.

Contohnya Toyota Vios baru dengan CVT terbukti mencatatkan penjimatan bahan api sekitar 10 ke 12 peratus berbanding unit dengan kotak gear automatik konvensional.

Walaupun banyak model-model kereta terkini telah dilengkapi dengan CVT, ramai pengguna yang tidak tahu tentang tatacara penggunaan dan cara menyelenggaranya.

Toyota-Vios-facelift-test-drive-2016-mekanika (13)

Berdasarkan pengalaman kami sendiri pun tidak ramai antara kita yang khatam membaca buku manual penyelenggaraan kereta masing-masing. Hasilnya, penggunaan yang tidak bijak dan isi poket yang rabak.

Berikut antara tip-tip yang boleh diikuti untuk pengguna yang memandu kereta dengan transmisi CVT. Walaupun CVT mempunyai banyak kelebihan tetapi jika digunakan secara membuta-tuli, ia juga boleh menjadi komponen kereta yang paling senang rosak.

  • Jika anda perlu bergerak dalam trafik perlahan, pastikan kelajuan malar anda ialah sekitar 5 kilometer sejam (sama dengan kelajuan berjalan kaki). Ini akan menghalang tali sawat CVT daripada tergelincir akibat terlalu panas dan terlalu haus.
  • Jangan membawa bebanan yang melampau. Kenderaan dengan beban yang berlebihan juga akan mengakibatkan tali sawat haus dan tergelincir (apatah lagi sewaktu mendaki bukit).
  • Cuba untuk meletak kenderaan di kawasan yang rata ataupun dalam kedudukan menuruni bukit. Ia mengurangkan haus pada tali sawat untuk jangka masa yang panjang.
  • Jika anda terbau sesuatu yang hangit di dalam kereta (semestinya bukan nasi), berhentikan kereta anda kerana ia mungkin dari tali sawat yang bermasalah.
  • Jika anda rasa unit CVT mula bergegar, segera berhentikan kereta dan panggil bantuan mekanik.

 

Corolla_CVT

KAWASAN BUKIT

  • Jika anda ingin mendaki bukit dalam posisi berhenti sepenuhnya, tekan dulu brek sebelum gear hadapan mula aktif (jangan membiarkan kereta anda terundur ke belakang sewaktu anda menekan pedal minyak).
  • Jangan bermain dengan pedal minyak untuk mengelakkan kereta terundur ke belakang (biasa dilakukan sewaktu kita berada di simpang yang muka buminya agak mendongak). Sebaliknya gunakan brek tangan untuk mengelakkan kereta anda dari terundur ke belakang. Lepaskan brek tangan sebaik anda mula menekan pedal minyak dan kenderaan anda mula bergerak ke depan.
  • Jika perlu mendaki bukit. Buat pecutan awal untuk mengumpul daya pendakian. ( Sebaiknya jangan mendaki daripada kedudukan berhenti sepenuhnya).
  • Sewaktu turun bukit sama seperti gear automatik biasa, letakkan tombol gear pada kedudukan D (Drive) untuk membolehkan anda membrek dengan bantuan enjin.

BAGAIMANA JIKA TERSANGKUT DALAM PASIR, LOPAK ATAU LUMPUR?

  • Jangan segera menekan pedal minyak sekuat-kuatnya (salah satu cara paling senang merosakkan transmisi).
  • Minta pertolongan sesiapa untuk menolak kereta anda ke depan dan belakang ( Jangan tekan pedal sewaktu ditolak ke belakang).

Itu adalah antara langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk memanjangkan lagi usia sistem CVT kereta anda. Ingat ia merupakan bahagian yang sensitif dan perlukan penjagaan yang rapi. Harganya pula boleh tahan arwah kalau rosak.

Pastikan anda mengikut jadual servis berkala kenderaan anda. CVT juga menggunakan pelincir yang berbeza daripada kotak gear manual dan automatik konvensional. Jadi berhati-hatilah memilih produk yang sesuai khususnya jika anda ialah Mat DIY (do-it-yourself) ataupun menggunakan khidmaat mekanik yang tidak bertauliah.

BACA: TIPS PENJAGAAN BREK KERETA YANG BETUL

BACA: INI CARA BUATKAN BATERI TAHAN LAMA

Tags
Google ads
Back to top button