
TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2024 DIADAKAN PADA NOVEMBER, JANJI PENGALAMAN LEBIH MENARIK
Selepas kejayaan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023, acara berkenaan bakal kembali untuk tahun 2024 dan akan diadakan dari 8 hingga 10 November.
Pihak penganjur berkata acara itu akan diadakan di MITEC dan menjanjikan pengalaman yang lebih besar dan lebih baik.
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur pada bulan November menawarkan peluang menarik untuk pemain automotif di Malaysia dan ASEAN untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini mereka.

Menurutnya, objektif lebih besar adalah untuk mewujudkan platform yang berdaya maju untuk pemain industri serta bakal pengeluar serantau.
Tarikan terhadap kereta JDM (Japan Domestic Market) telah berkembang dengan pesat di seluruh dunia dan Tokyo Auto Salon menjadi pusat kepada fenomena ini.
Tambahnya lagi, Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur akan menjadi hab strategik untuk peminat di ASEAN.
“Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur edisi tahun lepas telah menarik sejumlah besar pengunjung dari Asia Tenggara.
“Dalam tempoh yang panjang untuk promosi acara ini, kami menjangkakan lebih 120,000 pengunjung pada 2024,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MUSE, penganjur bersama of Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur, Riduwan Matni.
- BACA: TOKYO AUTO SALON 2024 TAMPIL DENGAN PROGRAM MENARIK, E-SPORTS, 893 KENDERAAN JADI DAYA TARIKAN
- BACA: SUZUKI PAMER MODEL KONSEP SUZUKI SWIFT, TRAK SUPER CARRY OFF-ROAD DI TOKYO AUTO SALON 2024
- BACA: PROTOTAIP SUBARU WRX S4 STI SPORT♯ BAKAL MUNCUL DI TOKYO AUTO SALON 2024
- BACA: TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR CATAT LEBIH 91,000 PENGUNJUNG



