
PORSCHE REKOD JUALAN STABIL, 320,221 UNIT DIHANTAR KEPADA PELANGGAN
Kira-kira 40,629 pelanggan menerima Porsche Taycan elektrik baharu mereka tahun lepas, sekaligus menyaksikan peningkatan sebanyak 17 peratus.
Secara keseluruhan, jenama kereta sukan itu berjaya menghantar sejumlah 320,221 unit kepada pelanggan, tiga peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022.
Porsche 911 merekodkan peningkatan terbesar bagi semua barisan model pada 2023, dengan peningkatan sebanyak 24 peratus dan telah dihantar kepada 50,146 pelanggan di seluruh dunia.
SUV Cayenne (termasuk varian E-Hybrid) mempunyai penghantaran tertinggi dengan 87,553, tetapi ia menunjukkan penurunan lapan peratus.

Menurut Porsche, penurunan berbanding 2022 boleh dijelaskan oleh perubahan model – termasuk pelancaran berperingkat generasi baharu di seluruh dunia, serta kemas kini perisian untuk model hibrid bagi memastikan kualiti terbaik.
Sementara itu, Porsche Macan telah dihantar kepada 87,355 pelanggan dan kekal pada tahap tahun sebelumnya, manakala Macan elektrik baharu hampir siap untuk tayangan perdana dunia pada 2024.
“Walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, jenama kami kekal diingini dan eksklusif,” kata ahli lembaga eksekutif jualan dan pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen.
“Tahun lalu kami mendapat manfaat khususnya daripada kedudukan Porsche yang sangat seimbang di kawasan jualan terbesarnya.”
“Kami sedang mengemas kini empat daripada enam siri model dan Porsche akan terus mengimbangi struktur jualannya terutamanya dalam pasaran ASEAN,” katanya.
- BACA: PORSCHE TAYCAN BENAM REKOD TESLA MODEL S PLAID DI THE RING
- BACA: PEROMPAK ‘LEMAH’ GAGAL LARIKAN PORSCHE – TAK PANDAI GUNA GEAR MANUAL RUPANYA
- BACA: PORSCHE CAYENNE CKD 2023 RASMI DILANCARKAN. V6 348HP/500NM, PILIHAN AKSESORI PORSCHE TEQUIPMENT, BERMULA RM600K
- BACA: PELANGGAN PORSCHE, TOYOTA KEKAL SETIA – J.D POWER