
TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR CATAT LEBIH 91,000 PENGUNJUNG
Acara Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 (TASKL) akhirnya melabuhkan tirai setelah berlangsung dari 9 hingga 11 Jun di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
Sepanjang TASKL 2023 berlangsung, acara berkenaan berjaya mencatat jumlah kehadiran lebih 91,000 pengunjung.
Untuk rekod, hari pertama merekodkan kehadiran lebih 18,000, sementara hari kedua dan terakhir, masing-masing menerima lebih 33,000 dan 40,000 pengunjung.

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur menampilkan pempamer dan penala peringkat-1 seperti Top Secret, Spoon, HKS dan Greddy.
Selain itu, buat pertama kalinya di Malaysia, terdapat juga pameran penuh kereta Initial D. Hot Wheels selain adanya Monster Truck.
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, TASKL akan membawa nilai luar biasa kepada industri.
“Ia bukan hanya memberi manfaat kepada Malaysia dan rantau ASEAN tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin penting untuk peluang perniagaan lebih besar,” katanya.
- BACA: TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR KINI BUKA TIRAI UNTUK PEMINAT
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: MERCEDES-AMG GT 63 SE PERFORMANCE, 843HP, BERMULA RM2.08 JUTA
- BACA: SELAMBA GELONGSOR ATAS HUD KERETA DI AUTOSHOW. IBU BAPA DIMINTA JAGA PERANGAI ANAK
- BACA: RETRO HAVOC CAR SHOW 2023: NETIZEN KECAM PENGUNJUNG SELAMBA SENTUH KENDERAAN TANPA KEBENARAN








