Buletin

TOKYO AUTO SALON 2024 TAMPIL DENGAN PROGRAM MENARIK, E-SPORTS, 893 KENDERAAN JADI DAYA TARIKAN

Acara paling dinantikan, Tokyo Auto Salon 2024 kini kembali dengan edisi ke-42, diadakan di Makuhari Messe International Convention Complex pada 12 Januari hingga 14 Januari 2024.

Tokyo Auto Salon 2024 merangkumi 378 peserta pameran yang mempamerkan 893 kenderaan dan produk berkaitan kereta.

Acara ini juga menawarkan pelbagai program menarik antaranya “Motorsport Demo Run” di outdoor arena serta “TOYOTA GAZOO Racing rally demo runs” oleh Norihiko Katsuta dan Takamoto Katsuta.

Bukan itu sahaja, program lain mengisi Tokyo Auto Salon 2024 ialah “Formula E & e sports cars demo runs” oleh Nissan/NISMO, “N moment/Hyundai” daripada jenama N Hyundai, “WILD DRIVE KIDS BY MAZDA×BRIDGESTONE”, serta “AE86 BEV vs. AE86 Super Mame” dan “D1GP Kick Off Drift”.

Tak cukup dengan itu, bagi peminat e-sports, jangan ketinggalan untuk menyaksikan penampilan atlet e-sports seperti “SPYGEA”.

Pada hari Sabtu, terdapat acara “Gran Turismo 7 Stage” dengan pemandu SUPER GT dan KYOJO selain, dimeriahkan lagi dengan acara seperti “e-D1 GP” dan pertarungan antara mekanik dari kolej teknikal automobil.

Pada hari Ahad, pengunjung disajikan dengan “Street Fighter 6 Special Match” yang dihasilkan oleh pemain e-sukan profesional “Dogura”, dan JEGT Final.

Paling menarik, ia juga menawarkan pengalaman e-sports dan pengunjung boleh merasai sendiri melalui permainan yang disediakan.

Menurutnya, program-program ini juga bakal disiarkan secara langsung dalam bahasa Jepun dan Inggeris di AUTO SALON TV.

Untuk tiket dan maklumat lanjut, sila layari https://www.tokyoautosalon.jp/2024/ticket/

Google ads
Back to top button