BuletinMotosikal

YAMAHA Y15ZR MOVISTAR GP 2018. RIM KEMBALI WARNA ASAL – BIRU

Beberapa hari lepas, kami menerima foto motosikal ini yang merupakan spyshot – kelihatannya dari kilang pemasangan Yamaha. Setelah menyelidik dengan lebih terperinci, ia mengesahkan adalah model Yamaha Y15ZR Movistar yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

Seperti juga model-model edisi khas Yamaha Y15ZR Movistar 2016 dan Y15ZR GP 2017, model-model ini dikeluarkan bersempena dengan sambutan perlumbaan MotoGP pasukan Yamaha Movistar.

Lazimnya, ia akan diperkenalkan sempena pusingan perlumbaan MotoGP yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang yang dijadual pada November nanti.

Jika diperhatikan dengan teliti, motosikal ini masih menggunakan tema warna biru secara asas – iaitu warna rasmi pasukan Yamaha-Movistar.

Kelihatan perbezaaan yang jelas ialah penggunaan skema warna biru pada rim – yang dikembalikan semula pada edisi ini. Untuk makluman pembaca, dalam edisi Y15ZR Movistar dari 2015 – 2018, hanya sekali sahaja motosikal ini menggunakan rim berwarna hitam, iaitu untuk model 2017.

Selain itu, kami dimaklumkan, setiap pembelian model GP 2018 ini, pembeli akan mendapat cenderahati eksklusif jam tangan digital edisi khas serta replika model skala Y15ZR secara percuma.

GALERI

Google ads
Back to top button