Buletin

TOYOTA HILUX, FORTUNER & INNOVA DIPERBAHARUI. KINI LEBIH BERBALOI!

UMW Toyota (UMWT) memulakan separuh kedua 2019 dengan pengenalan beberapa peningkatan terbaru bagi model Toyota Hilux. Selain itu, SUV Toyota Fortuner dan MPV Toyota Innova juga tidak ketinggalan diberikan peningkatan.

Tempahan bagi model-model terbaru ini mula dibuka pada 16 Ogos 2019 di
semua bilik pameran Toyota seluruh negara.

VARIAN BARU TOYOTA HILUX

Bagi trak pikap, Hilux 2.8 Black Edition kini menggantikan Hilux 2.8 L-Edition. Penampilan versi Black Edition ini lebih menonjol dengan tema kemasan warna luaran yang digabungkan antara hitam dan kelabu gelap.

Kemasan hitam kilat diberikan pada bahagian pemegang pintu,
perumah lampu kabus, cermin sisi serta rim 18-inci, sementara kemasan kelabu gelap digunakan pada pelindung bampar.

Warna kelabu yang turut dikenakan pada bahagian gril, yang hadir
bersama kemasan hitam untuk menjadikannya lebih menonjol.

Hilux 2.8 Black Edition kini menjadi varian paling tinggi bagi trak pikap berkenaan dengan harga jualan RM139,888 di Semenanjung Malaysia bagi pendaftaran persendirian, tanpa insurans.

Lain-lain varian yang ada termasuk 2.4 Single Cab M/T, 2.4 Single Cab M/T, 2.4 STD M/T, 2.4 G M/T, 2.4 G A/T dan 2.4 L-Edition A/T, yang dijual pada harga antara RM90,000 dan RM124,888.

Toyota Hilux 2.8 Black Edition terbaru ini juga menerima sistem infotainmen baru dengan skrin paparan 6.75-inci yang lebih jelas dan lancar.

Dengan ciri Android Auto dan Apple CarPlay yang didatangkan secara standard, sambungan yang lebih mudah boleh dilakukan terhadap
kebanyakan telefon pintar.

UMW Toyota juga turut memperkenalkan ciri Vehicle Telematics System (VTS), dengan yuran langganan percuma selama tiga tahun melalui pembelian pakej insurans Toyota.

Sebagai tambahan, perakam video digital (DVR) di belakang juga menjadi pelengkap kepada ciri sama yang dipasang di hadapan. Dengan ini, pengguna akan mempunyai bukti kukuh melalui rakaman
di depan dan belakang kenderaan sekiranya berlaku perlanggaran

Pelanggan juga boleh memilih ciri keselamatan tambahan
seperti peninjau titik buta (BSM) pada cermin sisi serta ciri Amaran Lintasan Trafik di Belakang (RCTA) untuk mengesan kenderaan yang mungkin berada pada sudut yang sukar dilihat.

TOYOTA FORTUNER

Toyota Fortuner 2.7 SRZ dan 2.4 VRZ pula kini lengkap dengan Android Auto dan Apple CarPlay sebagai ciri standard, bersama paparan skrin 9-inci

Varian Fortuner 2.4 juga kini telah diberikan tujuh beg udara sebagai ciri standard, yang meliputi bahagian tingkap, sekaligus menjadikan ruang kabin lebih selamat sekiranya berlaku perlanggaran serta mengurangkan kemungkinan penumpang tercampak ke luar kenderaan dalam situasi kemalangan.

Pelanggan kini boleh memilih perakam video digital (DVR) di belakang sebagai pilihan tambahan dengan setiap pembelian Fortuner baru ini. Ia
akan dipasang secara profesional oleh juruteknik UMWT sendiri yang telah diberi latihan khusus untuk memastikan kualiti pemasangannya setanding dengan kualiti keseluruhan kenderaan.

Harga bagi Fortuner 2.7 SRZ A/T dan 2.4 VRZ A/T tidak berubah. Bagaimanapun, bagi varian 2.4 A/T, ia kini dijual pada harga RM171,500 untuk Semenanjung Malaysia (tidak termasuk insurans).

TOYOTA INNOVA

Seperti Fortuner, varian Innova 2.0X dan 2.0G kini didatangkan dengan ciri Android Auto dan Apple CarPlay sebagai standard dengan skrin 9-inci.

Ciri tinjauan titik buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik di Belakang (RCTA) pula ditawarkan sebagai ciri pilihan. Kedua-dua ciri keselamatan tambahan ini mampu membantu mengurangkan kebarangkalian berlakunya perlanggaran yang disebabkan oleh keupayaan untuk melihat
kenderaan lain dalam situasi-situasi tertentu.

Pelanggan juga boleh menambah ciri perakam video digital (DVR) bagi kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kabin. Dengan tempahan ketika pembelian, pemasangan akan dilakukan di pusat aksesori khusus UMWT.

Terdapat tiga varian ditawarkan bagi Innova terkini, semuanya dikuasakan oleh enjin 2.0 liter iaitu;
Innova 2.0X A/T, Innova 2.0G A/T dan Innova 2.0E A/T. Berita baiknya, tiada sebarang perubahan harga berbanding sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman toyota.com.my atau menghubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

GALERI

Google ads
Back to top button