Buletin

TOYOTA PANGGIL SEMULA 12,977 UNIT HILUX DAN FORTUNER. ALAMI MASALAH BOOSTER BREK

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan kempen panggilan semula ke atas 12,977 unit kenderaan untuk tujuan pemeriksaan dan penggantian komponen booster brek. 

Kenderaan yang terlibat ialah trak pikap Hilux sebanyak 11,571 unit dan SUV Fortuner (1,426 unit). Jentera tersebut diedar serta diperoduksi oleh UMW Toyota Motor bermula Julai 2018 hingga Januari 2019. 

Model-model lain bagaimanapun tidak terlibat dalam kempen ini. 

Langkah panggilan semula itu dibuat kerana komponen injap resin di dalam booster brek mungkin mengalami masalah, sekali gus menjejaskan prestasi brek. 

UMW Toyota Motor akan menghantar notifikasi kepada pemilik dengan pembaikan tidak dikenakan sebarang caj.

Maklumat lanjut, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi mana-mana bilik pameran sah Toyoa atau hubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button