Buletin

MUSTANG MACH-E GT PERFORMANCE EDITION SUV ELEKTRIK PALING PANTAS? 480 HP/860 NM

Pengeluar kenderaan, Ford memperkenalkan SUV elektrik terbaharu berprestasi tinggi, Mustang Mach-E GT Performance Edition.

Jentera terbaharu ini mampu menjana kuasa mencecah 480 hp dan tork 860 Nm, peningkatan sebanyak 21 hp berbanding model GT standard.

Ford menyasarkan jentera terbaharu ini berkeupayaan memecut 0-96 km/j dalam masa 3.5 saat sahaja.

Dilengkapi pek bateri berkapasiti 88 kWh,  Mustang Mach-E GT Performance Edition memiliki jarak panduan sehingga 376 km.

SUV elektrik terbaharu ini didatangkan cakera brek 19 inci dengan angkup Brembo berwarna merah, rim 20 inci dua tona dibaluti tayar Pirelli dan penyerap adaptif MagneRide yang memberi pengendalian lebih sempurna.

Varian paling pantas hadir dengan tempat duduk Ford Performances yang menggunakan bahan Performance Gray ActiveX, jahitan metalik serta bahagian tengah unik Miko berupaya memantulkan cahaya.

Selain itu, panel instrumen menampilkan ciri aluminium unik.

Mustang Mach E GT dan GT Performance Edition ditawarkan dalam warna oren (Cyber Orange Metallic Tri-Coat), kelabu (Dark Matter Gray Metallic), merah (Rapid Red Metallic Tinted Clearcoat), putih  (Star White Metallic Tri-Coat dan Space White Metallic), biru (Grabber Blue Metallic), hitam (Shadow Black) dan perak (Iconic Silver Metallic) – carscoops.

Google ads
Back to top button