Buletin

AIRSIAL DIJANGKA OPERASI TAHUN DEPAN. JANGAN MACAM-MACAM, SYARIKAT PENERBANGAN ASLI DI PAKISTAN

Syarikat penerbangan swasta ketiga Pakistan, AirSial dijangka akan memulakan operasi pada tahun hadapan selepas menerima satu unit pesawat Airbus A320-200 yang dihantar melalui penerbangan jarak jauh dari Arizona, Amerika Syarikat ke Karachi, Pakistan.

A320-200 itu merupakan satu dari tiga unit pesawat yang ditempah syarikat berpangkalan di Sialkot, Pakistan itu.

Pada mulanya, menurut laporan Profit, AirSial ingin melancarkan operasi penerbangan pada Jun tahun ini.

Begitupun, proses berkenaan terpaksa ditunda berikutan pandemik Covid-19 dan sekatan perjalanan udara.

Operasi penerbangan terbaharu ini akan bergantung kepada tiga Airbus A320-200 dipajak melalui AerCap yang merupakan syarikat pesawat bebas terbesar di dunia berpangkalan di Dublin, Ireland.

Penerbangan menggunakan A320-200 ini dijangka melibatkan bandar-bandar utama di Pakistan seperti Karachi, Lahore dan Islamabad.

AirSial juga mempunyai perancangan mengembangkan rangkaian penerbangan mereka ke negara-negara seperti UAE, Arab Saudi, Qatar, Bahrain dan Malaysia.

Bekas kapten kriket pasukan Pakistan, Shoaib Malik berkata ia merupakan momen membanggakan bagi semua orang di Sialkot terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan penerbangan ini.

“Akhirnya, AirSial A320 yang ditunggu-tunggu sudah mendarat,” katanya melalui ciapan Twitter berhubung kedatangan Airbus 320 tersebut. – agensi

Google ads
Back to top button