Buletin

TOYOTA YARIS 2024 JEPUN, BAMPAR DAN PAPAN PEMUKA BUKAN SEPERTI GR YARIS

Toyota GR Yaris rupa baharu (facelift) diperkenal pada 12 Januari dan seperti dijangka model untuk pengguna umum menyusul.

Apa yang baharu pada Yaris 2024? Nampaknya Toyota mengambil langkah berbeza dengan tidak berkongsi bampar dan papan pemuka GR Yaris. 

Pada bahagian luar, Yaris 2024 kekal dengan bampar sama namun menggunakan jeriji baharu. Tiada palang besar yang melintang untuk nombor pendaftaran. 

Corak jeriji juga berubah daripada melintang kepada bentuk jaring dan nampak lebih meriah. Pada bahagian dalam, kerusi dibalut kulit tiruan dan fabrik untuk varian Yaris Z.

Rangkaian kuasa Toyota Yaris 2024:

  • 1.5 liter M15A-FXE (hibrid) 2WD, E-Four
  • 1.5 liter M15A-FKS 2WD/4WD, Direct Shift CVT
  • 1.5 liter M15A-FKS 2WD, 6MT
  • 1.0 liter 1KR-FE 2WD, Super CVT-i

Berbanding Yaris, sebuah lagi model yang dipertingkatkan iaitu Yaris Cross pula tampil dengan corak jeriji lebih sederhana dengan bahagian atas saja ditukar.

Pada bahagian dalam, Toyota menggunakan perehat lengan dengan kotak konsol jenis permukaan lembut (kecuali varian X dan U) untuk lebih keselesaan.

Rangkaian kuasa Toyota Yaris Cross 2024:

  • 1.5 liter M15A-FXE (hibrid) 2WD, E-Four
  • 1.5 liter M15A-FKS 2WD/4WD, Direct Shift CVT

Ciri-ciri Toyota Yaris dan Yaris Cross 2024:

  • Skrin pelbagai maklumat TFT 7 inci berwarna (kecuali Yaris X dan U) untuk pemandu
  • Perkakasan dalaman ditukar kepada warna gunmetal (Yaris Z, Yaris Cross Z, G)

Kelengkapan keselamatan

  • Toyota Safety Senses terbaru dengan cerapan lebih luas dan meliputi pengesanan kereta dan motosikal di persimpangan jalan

Berkenaan harga, Yaris ditawarkan daripada 1,501,000 yen (RM48,028) sehingga 2,694,000 yen (RM86,201). Yaris Cross pula daripada 1,907,000 yen (RM61,019) sehingga 3,156,000 yen (RM100,977).

Google ads
Back to top button