Artikel Pilihan

IMPIAN MILIKI HYPERBIKE KAWASAKI H2 MUNGKIN TERLAKSANA – TERIMA KASIH LEGO

Mana ada peminat motosikal yang tak kenal dengan hyperbike Kawasaki H2 dan H2R yang memegang rekod kelajuan dunia. Harganya memang keras dan di luar jangkauan kebanyakan peminat di luar sana. Tapi sekarang tak ada masalah sebab Kawasaki dan Lego telah berganding bahu untuk menghasilkan kit Lego Kawasaki H2 baharu.

Kit H2 ini merupakan lanjutan kepada kit Ducati Panigale V4, BMW M 1000 RR, Yamaha MT-10 dan Vespa 125 yang pernah dikeluarkan oleh Lego sebelum ini. Model berskala 1/8 ini mengandungi 643 bahagian termasuklah komponen dengan ciri sebenar contohnya hendal dan suspense yang berfungsi sepenuhnya, kotak gear dua-kelajuan, enjin 4-piston dan supercharger.

Ia direka khas untuk kanak-kanak (dan orang dewasa yang tak mampu beli model sebenar) berumur 10 tahun dan ke atas. Model ini juga mempunyai pelekat jenama Kawasaki dan H2 selain decal warna hijau H2 sekali dengan winglet seperti jentera sebenar.

Model H2 ini merupakan hasil sub-jenama Lego Technic. Tapi ia boleh dikatakan lebih mudah untuk dipasang berbanding kit BMW 1000 RR yang mengandungi hampir 2,000 pecahan dan MT-10 dengan 1,500 pecahan. Jimat sikit masa nak memasangnya.

Kalau ada masalah nak memasangnya, anda boleh memilih untuk menggunakan aplikasi Lego Builder di mana anda boleh membesar dan melihat dari sudut pandangan 3D

Lepas ni cuba jengah la ke bahagian permainan di supermarket. Mana tahu model kit yang rare macam ni ada terselit kat sana.

Google ads
Back to top button