Buletin

GOCAR MALAYSIA LANCAR KEMPEN “JOYFUL JOURNEYS: DRIVE INTO THE NEW YEAR WITH PROSPERITY”, TAWAR PELBAGAI HADIAH MENARIK!

GoCar Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen Tahun Baru Cina dengan tawaran hadiah dan tawaran eksklusif ke atas semua rangkaian perkhidmatannya seperti GoCar Share, GoCar Subs, GoCar Garage serta GoCar Cuba Beli.

Berlangsung sehingga 29 Februari 2024, kempen dengan tema “Joyful Journeys: Drive into the New Year with Prosperity” itu bertujuan memberi kemudahan dan perjalanan yang selamat kepada pengguna GoCar.

Pada masa sama, pengguna juga dapat menikmati lebih penjimatan dan hadiah menarik, termasuklah percutian ke Korea untuk dua orang.

Hadiah lain ditawarkan adalah seperti Apple Watch untuk tempat kedua, diikuti oleh hadiah ketiga iaitu Apple AirPods.

Hadiah saguhati tambahan turut disediakan iaitu pakej menukar minyak TotalEnergies Fully Synthetic, pakej TotalEnergies Semi-Synthetic dan baucar Zus Coffee bernilai RM10 setiap satu.

Untuk mengetahui jumlah penyertaan bagi setiap perkhidmatan, sila layari laman https://joyfuljourneys.gocar.my/ dan pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan Mac.

Mereka yang mahu membuat perjalanan jarak dekat boleh menikmati diskaun sebanyak 28 peratus ke atas tempahan minimum sehari menerusi kod promo “GODRAGON”, dengan kadar penjimatan antara RM38 dan RM88 sehari.

Promosi ini terpakai kepada tempahan pergi balik (Round Trip) dan terbuka ke atas semua kenderaan di dalam rangkaian GoCar Share.

Para pelanggan GoCar Share boleh menikmati penggunaan kod promo tanpa had sepanjang tempoh kempen dan GoCar Share tersedia 24/7 di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

GoCar Subs – Alternatif tanpa hutang untuk ‘memiliki’ sebuah kereta.

Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan yang mendaftar untuk pelan langganan selama setahun dan ke atas bakal menikmati diskaun istimewa bagi enam bulan pertama langganan tersebut.

Tawaran ini terpakai ke atas semua kategori GoCar Subs – diskaun sebanyak RM288 bagi kategori ECON, diskaun RM388 untuk kategori BASE, diskaun RM588 untuk kategori PLUS, diskaun RM688 untuk kategori EXEC dan diskaun sehingga RM888 untuk kategori LUXE.

GoCar Subs menawarkan rangkaian kenderaan baharu serta terpakai yang luas merangkumi model MPV, SUV, sedan, trak pikap, kereta mewah dan sports.

Selain itu, servis, penyelenggaraan, cukai jalan dan insuran kereta sudahpun termasuk dalam jumlah bayaran tersebut.

Bagi perkhidmatan menukar minyak, GoCar Garage menawarkan diskaun sebanyak 28 peratus ke atas pakej TotalEnergies Quartz terpilih tanpa sebarang had.

Untuk pakej minyak sintetik penuh, guna kod promo “HUATFULLY”, manakala bagi pakej minyak semi sintetik, guna kod promo “HUATSEMI”.

Tempahan dan servis mesti dibuat sepanjang tempoh kempen sehingga 29 Februari untuk layak menyertai peraduan Double Fortune Lucky Draw Dip.

Setiap pakej servis minyak ini merangkumi empat liter minyak, satu penapis minyak, satu drain plug dan kos buruh.

Untuk makluman, penambahan minyak enjin boleh didapati dengan caj tambahan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan lain yang disediakan oleh GoCar Garage seperti servis bateri, brek, cat dan kemek, tayar, sistem pendingin hawa, aksesori, prestasi serta spa kenderaan.

Rebat serta-merta untuk pembelian kereta terpakai dengan GoCar Cuba Beli

Untuk mereka yang ingin mencari kenderaan terpakai berkualiti boleh menikmati angpao pulangan tunai serta-merta sehingga RM8,888 ke atas model-model terpilih menerusi GoCar Cuba Beli.

GoCar Cuba Beli ialah satu platform kereta terpakai, di mana ia menawarkan rangkaian luas dengan harga menarik dan terdapat ratusan kenderaan untuk dipilih.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai manfaat lain termasuklah penyelesaian pembiayaan, jaminan lanjutan selama 12 bulan, bantuan pinjaman serta cukai jalan percuma untuk tahun pertama.

Pelanggan juga akan menikmati pakej eksklusif servis percuma setahun minyak enjin semi sintetik premium TotalEnergies Quartz.

Untuk menempah perkhidmatan GoCar, caranya mudah sahaja iaitu hanya perlu muat turun aplikasi mudah alih GoCar.

Unutk mengetahui lebih lanjut mengenai GoCar serta kempen “Joyful Journeys”, anda boleh layari laman web berikut:

Google ads
Back to top button