Buletin

TOYOTA YARIS CROSS NIGHTSHADE DILANCAR DI THAILAND, HARGA BERMULA RM121K

Toyota Motor Thailand memperkenalkan edisi khas untuk SUV kompak popular mereka, Yaris Cross NIGHTSHADE, yang tampil dengan kemasan serba hitam pada hampir seluruh bahagian luaran.

Versi ini disasarkan kepada pembeli yang mahukan gaya lebih garang, moden dan sporty, lengkap dengan ciri teknologi serta keselamatan terkini.

Varian NIGHTSHADE hadir dengan gril Metro Stylish, rim aloi 18-inci berkemasan hitam berkilat serta cermin sisi berwarna hitam. Satu set body kit hitam turut dipasang, merangkumi bampar depan, sisi dan belakang, kemasan lampu kabus, trim belakang serta bingkai tingkap.

Dua warna badan dua tona ditawarkan:

  • Cement Gray Metallic + bumbung hitam (warna baharu)
  • Platinum White Pearl + bumbung hitam

Tema gelap diteruskan ke bahagian kabin dengan kemasan hitam premium untuk rasa lebih eksklusif dan sporty. Antara kelengkapan yang ditawarkan ialah:

  • Bumbung panoramik dengan tirai elektrik
  • Pintu belakang berkuasa elektrik dengan fungsi Kick Activated
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Skrin sentuh 10.1-inci dengan Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
  • Brek parkir elektronik (EPB) & Auto Brake Hold
  • Ruang but 452 liter

Yaris Cross NIGHTSHADE juga dilengkapi pakej keselamatan penuh Toyota Safety Sense yang merangkumi:

  • Kamera pandangan sekeliling (PVM)
  • Pre-Collision System (PCS)
  • Amaran keluar lorong & bantuan kekal lorong (LDA + LKC)
  • Lampu tinggi automatik (AHB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif semua kelajuan (ACC)
  • Blind Spot Monitor (BSM) & RCTA

SUV ini dikuasakan enjin 1.5L hibrid bersama bateri Li-ion dan transmisi e-CVT. Tiga mod pemanduan — Power, Normal, ECO disediakan, dengan kecekapan bahan api sehingga 26.3 km/l berdasarkan Eco Sticker.

Toyota Yaris Cross NIGHTSHADE dijual pada harga 919,000 baht (sekitar RM121,000) dan kini boleh dilihat di semua bilik pameran Toyota di Thailand serta di Motor Expo 2025 hujung bulan ini.

Google ads
Back to top button