Buletin

UMW TOYOTA RAIKAN HARI MALAYSIA DENGAN SEBUAH FILEM PENDEK

Bagi meraikan Hari Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) telah menerbitkan sebuah filem pendek yang memaparkan apa ertinya menjadi warga Malaysia yang sebenar.

Filem berkenaan berkisar tentang nilai-nilai murni seperti saling menghormati, tolak ansur dan penerimaan di peringkat peribadi.

Menampilkan dua selebriti Malaysia, Shukri Yahaya dan Shafiq Kyle, penonton boleh mengikuti perjalanan hidup dua rakan karib ini. Selain menyelami fikiran serta emosi mereka Ketika hubungan persahabatan diuji.

Emosi yang terkandung agak tegang, membawa penonton untuk turut sama merenung dan menyedari bahawa perbezaan tidak sepatutnya memisahkan kita.

Tetapi boleh dimanfaatkan untuk mengukuhkan lagi hubungan, sekiranya kita ada rasa hormat, kasih, bertolak ansur dan menerima antara satu sama lain seadanya.

“Kami percaya filem pendek ini mampu menyentuh setiap hati seluruh rakyat Malaysia. Filem ini melambangkan kesabaran dan tolak ansur, dan kami berharap semua kita dapat menzahirkan mesej berkenaan dalam kehidupan serta hubungan seharian kita bersama,” ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

“Dengan kepelbagaian yang ada di negara ini,  UMW Toyota menjadi lebih kuat ketika kami memanfaatkan kelebihan tersebut dan menjadikannya kelebihan kami. FIlem ini berhasrat untuk menunjukkan kekuatan kita bersama sebagai sebuah negara,” katanya lagi.

Shukri Yahaya dan Shafiq Kyle mula terlibat bersama Toyota sejak 2017 dan 2019 sebagai pelumba selebriti Toyota Gazoo Racing. Mereka sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini.

Untuk menonton filem ini, layari: https://www.facebook.com/ToyotaMalaysia 

Google ads
Back to top button