Buletin

HONDA SERAH 40 UNIT CIVIC 1.8S KEPADA KOR POLIS TENTERA DIRAJA

Honda Malaysia hari ini menyerahkan 40 unit Civic 1.8S kepada Kor Polis Tentera DiRaja dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan tugas kepolisan mereka.

“Sebelum ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut memilih sedan segmen C paling laris ini sebagai kereta peronda baharu mereka.

“Kami sudah menyerahkan lebih 1,000 unit Civic 1.8S dan berbangga kerana Civic sekali lagi dipilih oleh barisan hadapan kita,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Civic sememangnya sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Sejak dilancarkan pada Februari 2020, lebih 5,600 unit Civic CKD telah terjual. Ia juga mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen C dengan penguasaan pasaran 78 peratus.

Model yang diserahkan itu menggunakan enjin 1.8L i-VTEC 141PS dan 174Nm. Model facelift tersebut hadir dengan pelbagai ciri baharu seperti Remote Engine Start, Walk Away Auto Lock, skrin paparan audio bersaiz 7 inci dan brek parkir elektrik.

Dari segi keselamatan pula, Civic dilengkapi enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), brek ABS, Brake Assist (BA) dan Auto Brake Hold (ABH).

Google ads
Back to top button