Buletin

UNIT PERTAMA TOYOTA SUPRA 2020 DILELONG PADA HARGA RM8.63 JUTA

Sebuah Toyota Supra 2020 yang pertama dikeluarkan di kilang dilapor berjaya dilelong pada harga AS$2.1 juta (RM8.63 juta).

Mujur harga yang dibayar itu bukan untuk menunjuk kekayaan, tetapi 100 peratus wang tersebut akan disumbangkan kepada Persatuan Jantung Amerika dan Yayasan Bob Woodruff bagi membantu askar veteran. 

Sebagaimana yang kita tahu, Supra bukanlah model edisi terhad. Tetapi unit ini didatangkan dengan warna istimewa iaitu kelabu, bersama perumah cermin sisi berwarna merah matte, rim hitam dan ruang kabin merah terang.  

Bahagian enjin pula ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Toyota, Akio Toyoda. Untuk menjadikan pembelian itu lebih menarik, Toyoda turut memberi kasut, sut, sarung tangan dan topi keledar yang digunakannya ketika melakukan ujian akhir Supra sebelum ia memasuki saluran produksi. 

Harus tahu, Supra ini bukanlah satu-satunya kereta yang menerima harga melampau apabila dilelong oleh pihak Barret-Jackson. Terdahulu, sebuah 2019 Ford GT Heritage yang pertama dijual pada harga AS$2.5 juta (10.3 juta) dengan wang itu akan disumbangkan kepada United Way. 

Manakala 2020 Ford Mustang Shelby GT500 pula dilelong pada harga AS$1.1 juta (RM4.5

juta) yang kemudian diberikan kepada Yayasan Penyelidikan Diabetis Remaja. 

Lelongan amal seperti ini bagaimanapun dilihat tidak akan mempengaruhi harga kereta terbabit pada masa depan. Tetapi, harga yang tinggi itu memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai badan-badan kebajikan berkenaan. 

Google ads
Back to top button