Motosikal

WALAUPUN DIDAKWA SILAP, PASUKAN TECH3 TIDAK PERNAH MENYESAL TINGGALKAN YAMAHA

Ikuti apa kata bos Tech3 KTM MotoGP, Herve Poncharal tentang era baru mereka dan kenapa beliau tidak kisah walaupun ramai yang mengatakan mereka telah melakukan kesilapan dengan meninggalkan Yamaha.

Rekod Tech3 bukannya calang-calang walaupun mereka merupakan pasukan satelit. Mereka merupakan pemegang tempat keenam MotoGP dengan tiga podium dan 2 petak pertama pada musim terakhir bersama Yamaha. Tech3 dan penunggang mereka Johann Zarco membuktikan yang mereka bukannya pasukan biasa-biasa.

Hafizh Syahrin dan Miguel Oliviera telah hadir mengambil tempat Zarco selepas pelumba Perancis itu beralih ke pasukan factory KTM dan kali ini beliau merupakan pelumba paling perlahan sewaktu sesi ujian masa Jerez dan Valencia baru-baru ini.

Meninggalkan Yamaha memang satu langkah besar maklum sahaja mereka adalah pasukan ternama dengan 107 kemenangan 500cc/MotoGP sejak 2001 sejak Tech3 menyertai kelas premier. Kini selepas beralih arah ke KTM, mereka seolah-oleh bermula kembali dari kosong.

BACA: LORENZO ALAMI NAIB MALANG – RETAK PERGELANGAN TANGAN, MACAM MANA NAK LUMBA NI?

Dunia perlumbaan motosikal memang tidak pernah terkenal dengan kesabaran. Hanya kerana terlambat mengoyak stiker Yamaha dari trak mereka ramai yang telah bertanya adakah mereka kesal dengan keputusan yang diambil.

Ia memang merupakan satu cabaran yang sangat besar untuk Poncharal dan dan pasukannya. Bukan hanya komuniti MotoGP, pihak media sendiri pun ramai yang bertanya hal yang sama kepada Poncharal selepas keputusan ujian di Jerez dan Valencia.

Ada juga yang tersenyum sinis dan berkata, ‘Selamat berjaya’. Tapi ini hanya permulaan. Banyak perkara yang mesti difahami jadi kami mesti terus bertenang, bekerja keras dan menghormati semua penyokong kami dan cuba menghasilkan keputusan yang diharapkan.

Siapa yang tidak mahu pelumba mereka berada dalam kedudukan 5 terbaik tapi buat masa sekarang mereka memang tidak mahu tergesa-gesa. Bunyi macam membosankan tetapi ini bukannya projek tangkap muat.

Tapi sebenarnya Poncharal sendiri bukannya membuat keputusan tergesa-gesa. Beliau sudahpun memikirkannya sejak sekian lama. Bukannya senang untuk memutuskan hubungan dengan Yamaha yang sudah terjalin hampir 20 tahun. Kalau kahwin 20 tahun pun rasanya dah berderet anak, ye tak?

Beliau sudah merasai pengalaman dengan pasukan besar yang pernah menjadi juara seperti Yamaha dan kini beliau mahukan pengalaman baru dengan pasukan yang baru meningkat. Mereka cukup gembira dengan situasi baru ini dan bekerja dengan muka-muka baru yang diambil oleh KTM untuk membantu pasukan satelit baru ini.

Tapi buat masa sekarang Poncharal memang cukup berpuas hati dengan gandingan baru mereka bersama KTM. Dua pelumba mereka juga mesti menimba ilmu dan pengalaman baru kerana jentera Yamaha dan KTM adalah cukup berbeza. Ia merupakan satu proses yang diharapkan tidak akan memakan masa yang lama dan mereka memang harus bekerja keras dan meggandakan usaha.

Untuk rekod Tech3 pernah memenangi podium dengan pelumba-pelumba seperti Zarco, Jonas Folger, Bradley Smith, Cal Crutchlow, Andrea Dovizioso, Colin Edwards, Ben Spies, Marco Melandri, Alex Barros dan Shinya Nakano sejak 2001.     

Google ads
Back to top button