Motosikal

LORENZO ALAMI NASIB MALANG – RETAK PERGELANGAN TANGAN, MACAM MANA NAK LUMBA NI?

Hanya beberapa hari pasukan Repsol Honda membuat pelancaran di Madrid, pelumba barnya, Jorge Lorenzo dilapor mengalami kecederaan yang agak serius. 

Pergelangan tangan pelumba Sepanyol itu dikatakan retak selepas terlibat dalam satu kemalangan sewaktu berlatih di litar di Itali. 

Insiden tersebut mendapat perhatian ramai apabila Lorenzo dikesan berada di Clinica Pederzoli in Peschiera del Garda, Itali dan dirawat di sana selama beberapa jam. Beliau dijadual menjalani pembedahan di Barcelona semalam. 

Berita itu kemudian disahkan oleh satu post di Twiiter oleh pasukan Repsol Honda mengesahkan bahawa Lorenzo mengalami retak scaphoid. Kecederaan scaphoid yang merupakan tulang pada tangkal tangan (biasanya mula-mula menyentuh tanah) memang biasa berlaku pada pelumba motosikal. 

Antara pelumba yang pernah mengalami patah scaphoid termasuklah Casey Stoner, Nicky Hayden, Stefan Bradl, Jack Miller, Kevin Schwantz dan ramai lagi. 

Kecederaan ini memang boleh memberi kesan besar kepada pelumba kerana tulang itu menerima sedikit darah dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Masalah retak boleh diselesaikan dengan cepat menggunakan skru, tetapi untuk pulih seperti sedia kala memang sangat lambat.

Dengan masa hanya berbaki dua minggu sebelum ujian masa di Litar Sepang, insiden yang menimpa Lorenzo ini memang malang. Beliau sepatutnya benar-benar cergas untuk berada di liar pada 6 hingga 8 Februari depan. 

Marc Marquez masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan bahru pada Disember lepas dan Cal Crutchlow pula tidak cergas sepenuhnya akibat patah buku lali di litar Philip Island tahun lalu.

Ini menjadi ujian pertama buat pasukan Repsol Honda untuk musim 2019 apabila semua pelumba mereka tidak cergas sebagaimana sepatutnya.

Google ads
Back to top button