Buletin

VANTAGE MNRC RALLY CHAMPIONSHIP 2022 DI MARAN HUJUNG BULAN INI

Akhirnya, yang dinantikan para penggiat rali telah pun tiba. Setelah bertahun lamanya kehilangan pertandingan rali Malaysian Rally Championship (MRC) atas pelbagai faktor, akhir Bulan ini bakal berlangsungnya pusingan pertama Vantage MNRC Rally Championship 2022.

Umum penggiat rali mengetahui tentang khabar angin penganjuran rali ini sepatutnya berlangsung tahun sudah namun terdapat pelbagai kekangan termasuklah pandemic Covid-19 yang masih lagi tinggi di kala itu. Sepatutnya juga pusingan pertama berlangsung lebih awal, namun ianya masih lagi terpaksa ditunda kepada tarikh baharu pada 30 – 31 Julai nanti.

Menurut orang kuat penganjur, Jamaluddin Tukimin atau pun lebih mesra di sapa Wak Jamal di kalangan penggiat rali usaha untuk merialisasikan penganjuran acara rali ini jauh lebih sukar daripada apa yang disangkakan. Namun, berkata usaha, kesabaran serta bantuan beberapa agensi kerajaan, pusingan pertama Vantage MNRC Rally Championship ini bakal berlangsung di Maran. Dan Wak Jamal sendiri ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Sofian Abdul Jalil, merangkap ADUN bagi kawasan Luit yang turut banyak membantu disebalik penganjuran acara rali ini.

Menurut Wak Jamal, acara rali ini bakal dijalankan di dua lokasi utama, Felda Bukit Tajau dan juga Felda New Zealand dengan 2 SS akan dibuat bagi setiap lokasi. Menurut Wak Jamal, SS bagi kedua lokasi ini telah direka bagi menguji kemampuan pemandu dan juruarah bagi memastikan setiap kereta berupaya mencatat masa terpantas dan tiba terlebih dahulu di garisan penamat. Menurut Wak Jamal lagi, lokasi perlumbaan di Felda New Zealand lebih menjanjikan pemandangan buat penonton yang lebih sedap mata memandang. Setiap SS telah direka dengan jarak diantara 6 km hingga ke 9 km.

Menurut Wak Jamal, kategori yang dipertandingkan masih lagi sama seperti kejuaraan MRC cuma yang menarik kata beliau akan ada juga kategori Lady’s Cup. (Pemandu & Juruarah mestilah wanita dan bukannya acah acah wanita). Mengikut jangkaan Wak Jamal, sekiranya mendapat penyertaan diantara 20 hingga 25 buah kereta rali adalah cukup ideal walau pun penyertaan maksimum boleh mencecah sehingga 35 buah kereta rali.

Bagi acara perasmian dan service park, Pekan Maran akan menjadi venue utama dan pastinya menjadi tumpuan penduduk Maran kelak. Sangat sesuai untuk dipenuhi oleh penduduk Maran untuk melihat dengan lebih dekat kereta rali.

Buat kawan – kawan rali, dah boleh nak panas kan enjin daripada sekarang. Tak lama dah tu nak berlumba rali.

BACA : SEMBANG SANTAI BERSAMA WAK JAMAL – OTAI DUNIA RALI TEMPATAN NI!

BACA : TAXI RIDE BERSAMA CHEPOT – INI BARULAH ADRENALIN SEBENAR

Google ads

B K

Back to top button