Artikel Pilihan

VANTAGE MNRC RALLY CHAMPIONSHIP 2022 – KARAMJIT SINGH UNGGUL DI RALLY MARAN

Hujung minggu yang lalu merupakan antara momen penting penggiat rali tempatan sementelah berlangsungnya MNRC Rally Championship pusingan pertama di Maran dengan menyaksikan pelumba rali lagenda tempatan, Karamjit Singh menggungguli saingan. Jom kita baca apa yang terjadi di Rally Maran tempohari.

  • Perlumbaan rali ini sepatutnya diadakan di dua lokasi berbeza, Felda Bukit Tajau dan Felda New Zealand (dua lokasi yang sedikit jauh dari Pekan Maran), namun berlaku perubahan dengan Felda New Zealand sahaja yang menjadi lokasi perlumbaan. Sekali gus memudahkan penduduk tempatan untuk kekal di satu lokasi sahaja tanpa perlu berpindah
Kredit Foto FB MNRC
  • Walau pun hanya menggunakan Felda New Zealand sebagai lokasi tunggal, namun trek yang direka tidaklah mudah buat para pelumba. Malah, hampir kesemua pelumba mengakui termasuk pelumba lagenda negara, Karamjit Singh turut mengakui tentang kesukaran trek dan laluan tersebut yang agak sempit dan mencabar. Ditambah dengan terdapatnya gaung dan juga longkang di kiri dan kanan trek. Silap hari bulan, ke dalam perginya.
  • Acara perasmian telah diadakan pada petang Sabtu dengan dirasmikan oleh YB Sofian Abd Jalil selaku ADUN Luit dan juga YB Mujibur Rahman Ishak, ADUN Chenor dengan menyaksikan hanya 10 buah jentera rali dilepaskan terdiri daripada pelbagai model seperti Subaru GC8, Subaru Impreza WRX, Mitsubihsi Evo 3, Proton Gen2 dan juga Perodua Myvi.
  • Walau pun jumlah penyertaan agak kecil berbanding jangkaan namun kemeriahan pertandingan masih dapat dirasakan terutamanya dengan kehadiran lagenda rali negara, Karamjit Singh bersama Proton Gen2 Turbo beliau.
  • Upacara penutup pula disempurnakan dengan kehadiran YB Sofian Abd Jalil dan juga YB Dato Sri Haji Mohd Johari, selaku Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan & Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
  • Dan seperti diduga, Karamjit Singh mempamerkan pemanduan yang jitu dan handal untuk mengungguli saingan sedari awal hingga ke SS terakhir. Masih laju dan pantas.
  • Tempat kedua keseluruhan menjadi milik seorang lagi pelumba otai, Haji Sutan Mustaffa Salihin yang memandu jentera Subaru Impreza.
  • Tempat ketiga keseluruhan menjadi milik pemandu pasukan Purnama Rally Team, Muhammad Ikhsan Muhammad Husni dengan memandu jentera Proton Satria 1.6. Beliau juga sebenarnya merupakan anak saudara kepada Wak Jamal. Bagus betul rasa bila ahli keluarga turut bermain rali. Barulah ada kesinambungan dengan bakat baharu.
Kredit Foto FB Zam RS Speed
  • Tempat keempat dan kelima menjadi milik Shah Bandi dan juga Zam bersama Perodua Myvi 1.0 Turbo 4WD. Ok lah tu, setidaknya masih berupaya menamatkan saingan tanpa menterbalikkan jentera rali masing – masing (Seingat BK, Bandi juga pernah terlibat dengan insiden jentera terbalik, sama seperti si Zam)
  • Oh ya, sebenarnya perlumbaan rali di Maran ini barangkali tidak memihak kepada beberapa pelumba seperti Hashrul dan juga Khairul Nizam yang gagal memberikan aksi lebih baik disebabkan masalah serius yang dihadapi membabitkan jentera masing – masing (Nizam mengalami kerosakan jentera yang agak teruk manakala Hashrul mengalami masalah dengan driveshaft) Barangkali boleh bangkit semula untuk pusingan berikutnya.
Kredit Foto FB Rellik Niezarm
  • Rally Maran ini juga menyaksikan kehadiran pemandu muda, Ibrahim Saladin yang beraksi bersama Proton Wira 1.8 berhasil berada di kedudukan keenam keseluruhan. Beliau adalah merupakan anak kepada pemandu rali WRC negara suatu ketika dahulu, Saladin Mazlan.
  • Kemeriahan Rally Maran ini diserikan lagi dengan rakan media yang cukup sinonim dengan sukan permotoran tanahair, Adrenaline Impact dengan beberapa siri liputan secara langsung. Terima kasih Adrenaline Impact!
  • Kredit juga seharusnya diberikan kepada Wak Jamal dan pasukannya (yang banyak terdiri daripada ahli keluarga beliau sendiri) di atas penganjuran kali pertama ini yang mungkin ada serba kekurangan di sana sini. Habis masa dan duit. Semuanya kerana cinta pada sukan rali. Semoga pusingan berikutnya terus kekal berjaya.
  • Mengikut perancangan, pusingan kedua yang sepatutnya pada awal September nanti, mungkin akan dianjakkan pada pertengahan September nanti dengan Kuala Rompin bakal menjadi lokasi kedua. Dengar kata, Orang Pahang dah jatuh hati dengan sukan rali ini.

Kredit Foto : FB MNRC

BACA : RALLY MARAN 2022 – APA YANG MENARIK TENTANGNYA?

BACA : VANTAGE MNRC RALLY CHAMPIONSHIP 2022 DI MARAN HUJUNG BULAN INI

Google ads

B K

Back to top button