Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI BERSAMA WAK JAMAL – OTAI DUNIA RALI TEMPATAN NI!

Nama Jamaludin Tukimin dalam arena rali tempatan bukanlah asing. Beliau dianggap antara otai yang masih aktif dalam dunia rali. Untuk yang tidak tahu, Jamaluddin Tukimin atau pun lebih mesra di sapa sebagai Wak Jamal pernah memandu untuk pasukan rali Perodua suatu ketika dahulu dengan memandu Perodua Myvi dan berpasangan adik beliau, Rozita Tukimin.

Kini Wak Jamal masih lagi aktif dalam dunia rali, terutamanya pembabitan beliau bersama pasukan Purnama Rally Team. Dan kini, legasi rali Wak Jamal diteruskan melalui anak lelaki beliau, Hashrul yang juga turut aktif berlumba dalam Malaysian Rally Championship (MRC) sebelum ini. Sewaktu menyertai di Rally Regroup Feast 21 tempoh hari, sempat jugalah BK berbual dengan Wak Jamal tentang perancangan beliau dan Purnama Rally Team untuk tahun hadapan. Berikut merupakan itipati sesi persembangan BK dan Wak Jamal (sebenarnya mood nak menulis tak berapa nak ada disebabkan mood yang down mengenangkan situasi banjir yang melanda negara kita).

  • Purnama Rally Team hadir di Rally Regroup Feast 21 bersama dua buah kereta rali yang power, Honda Integra DC2 dan juga Mitsubishi Evo 7 RS.
  • Ini merupakan kereta rali tambahan yang sedia ada sebelum ini meliputi sebuah Proton Satria 1.3 .
  • Honda Integra DC 2 ini sebelum ini sempat beraksi di beberapa siri Rally Shakedown, sama ada dipandu oleh Wak Jamal sendiri mahupun anak beliau, Hashrul tetapi tidak pernah lagi berlumba secara kompetetif.
  • Mitsubishi Lancer Evo 7 RS ini merupakan yang terbaharu dimiliki oleh pasukan Purnama Rally Team. Wak Jamal sedang dalam proses untuk menaturalisasikan pendaftaran kereta rali tersebut (Sebelum ini memakai plat pendaftaran dari Jepun)
  • Besar kemungkinan untuk berlumba tahun hadapan Hashrul bakal memandu Honda Integra DC2 tersebut dan beraksi dalam kelas P11.
  • Mitsubishi Evo 7 RS tersebut besar kemungkinan bakal disewakan kepada pemandu luar. Menurut kata Wak, beliau sendiri gerun dengan reputasi yang dimiliki kereta yang terkenal dengan kepower-an nya itu. Adalah lebih baik bagi kepada mereka yang lebih arif dan pandai untuk mengawal keliaran Evo 7 RS ini.
  • Wak Jamal juga ada perancangan untuk menurunkan seorang lagi anak beliau bagi menggantikan tempat Hashrul yang memandu Proton Satria 1.3 sebelum ini.
  • Sekiranya Malaysian Rally Championship (MRC) tidak dapat dilangsungkan, Wak Jalal telah bersedia dengan pelan beliau untuk kembali menjayakan Malaysia National Rally Championship (MNRC) yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan akibat PKPP ke PKPPPPPadia yang dikenakan pada tahun ini.

BACA : THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP RD 3 & 4 : LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG DI PETCHABUN

BACA : RALI TEMPATAN BAKAL KEMBALI?

Google ads

B K

Back to top button