Buletin

VOLKSWAGEN JETTA R – NEVER SAY NEVER, KATANYA…

SHARE

Volkswagen mengujakan peminatnya di seluruh dunia apabila memperkenalkan model Jetta GLI yang disifatkan sebagai Golf GTI versi sedan pada acara Chicago Motor Show 2019. 

Kemudian, timbul persoalan adakah Volkswagen akan menghasilkan varian lebih berkuasa iaitu Jetta R? Inilah yang dikatakan sebagai beri betis, nak peha pula. Tak mengapa, kita dengar apa jawapan Volkswagen.

Jika Volkswagen mahu menghasilkannya, sudah tentu ia sama dengan Golf R. Anda boleh mengharapkan penggunaan enjin 2.0 liter turbo berkuasa 288hp dan tork 380Nm yang memungkinkan Golf R mencatat kelajuan dari 0-100km/j dalam masa kurang lima saat. 

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Berbeza dengan Jetta GLI yang berpacuan roda hadapan, Jetta R mungkin dilengkapi sistem pacuan semua roda 4Motion. 

Berfungsi mengagihkan kuasa ke gandar hadapan dan belakang apabila diperlukan, ia menawarkan lebih cengkaman di atas pemukaan jalan yang licin serta ketika mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi. 

Bukan itu sahaja, sistem brek, naik tarap chasis, sentuhan luaran dan dalaman lebih sporty membezakan lagi Jetta GLI dengan varian R.  

Jetta ialah antara sedan popular Volkswagen. Sehingga kini, lebih 18 juta unit Jetta telah dijual di seluruh dunia. Daripada jumlah itu, jualan varian GLI hanya mewakili lima peratus sahaja. 

Tags
Google ads
Back to top button